UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Jurgen Klopp tetap tidak puas hati jadual Piala Dunia Qatar

Klopp menyindir penganjuran Piala Dunia di pertengahan musim yang makin hampir.

Astro Arena
Sat Aug 06 2022
Jurgen Klopp tetap tidak puas hati jadual Piala Dunia Qatar
Klopp sedar bakal kehilangan ramai bintang terkemukanya pada November depan apabila mereka pergi ke Qatar untuk mewakili negara masing-masing. - Stadium Astro
JURGEN KLOPP menyamakan beban pemain bola sepak umpama krisis perubahan iklim ketika pengurus Liverpool itu menyerang kuasa broker berikutan enggan mengambil tindakan.

Bercakap dalam sidang akhbar menjelang perlawanan pembukaan pasukannya bagi musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL), Klopp menyindir penganjuran Piala Dunia di pertengahan musim yang makin hampir.

Dia akan membawa anak buahnya bertandang ke London bertemu Fulham, malam ini, tetapi Klopp sedar bakal kehilangan ramai bintang terkemukanya pada November depan apabila mereka pergi ke Qatar untuk mewakili negara masing-masing.

Klopp berang kerana kejohanan sebegitu boleh menyekat hajat besar The Reds untuk mengharungi jadual padat tetapi baginya, tiada siapa yang peduli tentang aduan dan kebimbangannya.

"Ia tidak OK," katanya.

"Ia sudah lama diputuskan dengan ada pihak yang berpendapat ia (tarikh penganjurannya) telah diambil kira.
“Saya tidak marah langsung sebelum saya masuk (ke sidang akbar ini) tetapi sebaik kita mula bercakap mengenainya, saya benar-benar marah.

"Masalahnya semua orang tahu ia tidak betul, tiada siapa yang menyuarakannya dengan lantang dengan harapan ia boleh diubah.

"Anda tidak boleh mempunyai pemain kelas tinggi dan sentiasa menonton mereka dan berfikir 'Ya Tuhanku, betapa hebatnya mereka'. Ia tidak berfungsi sebegitu.
 
"Ia seperti iklim. Kita semua tahu kita perlu berubah tetapi tiada siapa yang berkata, 'Apa yang patut kita lakukan?'."- Stadium Astro

#jurgen klopp#Liverpool#Piala Dunia#Qatar
Pelajar madrasah dikhuatiri lemas di Langkawi

Pelajar madrasah dikhuatiri lemas di Langkawi

Pihak JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.55 pagi tadi.
Pecat, gantung keahlian keputusan kolektif UMNO - Zahid Hamidi

Pecat, gantung keahlian keputusan kolektif UMNO - Zahid Hamidi

Tindakan itu diputuskan secara bersama demi kemaslahatan UMNO kerana sebarang anasir termasuklah anasir dalaman.
PRU15 | Syor veteran jika UMNO mahu kembali di Terengganu

PRU15 | Syor veteran jika UMNO mahu kembali di Terengganu

Veteran UMNO Terengganu melihat gandingan pemimpin berwibawa dan muka baru yang berpengaruh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 elemen penting untuk parti itu menang proses demokrasi berkenaan nanti. Ini kerana menurut Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, pemilihan calon yang tepat menjadi kriteria penting dalam usaha untuk meraih sokongan pengundi, lebih-lebih lagi di Terengganu.
Indonesia bakal isytihar pandemik COVID-19 berakhir - Jokowi

Indonesia bakal isytihar pandemik COVID-19 berakhir - Jokowi

Presiden Indonesia berkata, penyebaran wabak COVID-19 semakin reda di negara itu.
Beri peluang calon muda mainkan lebih peranan

Beri peluang calon muda mainkan lebih peranan

Semasa itu, dua panelis, Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse senada bahawa penampilan generasi muda berupaya menyuntik perspektif berbeza dalam menangani masalah negara. Antaranya kata mereka, melibatkan penyelesaian terhadap krisis kekurangan pekerjaan, keselamatan makanan, perubahan iklim serta kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan nilai wang ringgit.
Menjelang PRU15 | Beri peluang calon muda mainkan lebih peranan

Menjelang PRU15 | Beri peluang calon muda mainkan lebih peranan

Semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang, wajar menilai cadangan melaksanakan rombakan institusi kepimpinan masing-masing. Ini perlu dalam memberikan peluang buat calon segar yang lebih kompeten atau berkeupayaan untuk memainkan peranan secara lebih berkesan.
Jangan bimbang amaran cuaca buruk dari AS - MetMalaysia

Jangan bimbang amaran cuaca buruk dari AS - MetMalaysia

Orang awam disarankan mengikut arahan agensi-agensi pengurusan bencana negara semasa kejadian banjir.
Tadbir Urus | Fokus tadbir urus cekap, elak dana negara lesap - Anwar

Tadbir Urus | Fokus tadbir urus cekap, elak dana negara lesap - Anwar

Pemimpin di negara ini perlu memberi penekanan terhadap tadbir urus yang cekap sekali gus mengelakkan dana negara lesap, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, rangka kerja teoretikal perlu diterjemahkan ke dalam rangka kerja dasar yang betul sebelum diikuti dengan pelan tindakan bagi mencapai matlamat berkenaan.
Ekonomi | Malaysia tidak terkecuali dari cabaran ekonomi global

Ekonomi | Malaysia tidak terkecuali dari cabaran ekonomi global

Tanpa subsidi kerajaan, kadar inflasi negara dijangka jauh lebih tinggi, iaitu 10.6 peratus berbanding 4.7 peratus pada Ogos 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Musim Tengkujuh | Luahan penduduk trauma di sekitar Tasik Kenyir

Musim Tengkujuh | Luahan penduduk trauma di sekitar Tasik Kenyir

Walaupun sudah lebih lapan bulan berlalu, insiden banjir besar yang melanda daerah Hulu Terengganu akhir Februari lalu masih menjadi ingauan penduduk khususnya yang tinggal daerah itu. Kali ini, kerisauan penghuni 'bandar di bawah tasik' itu menjadi lebih berat apabila tular berita kononnya Empangan Kenyir akan pecah kerana bakal menerima taburan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar.
Haaland, Foden buat United menangis

Haaland, Foden buat United menangis

Mereka melakar sentuhan cemerlang apabila meledak hatrik dalam aksi yang menemukan jiran setempat berlangsung di Etihad itu.
Ronaldo letak sasaran beraksi di Euro 2024

Ronaldo letak sasaran beraksi di Euro 2024

Katanya, dia tidak bercadang untuk bersara dalam masa terdekat.
Diego Costa taruhan baru Wolves buru gol

Diego Costa taruhan baru Wolves buru gol

Bekas penyerang Sepanyol kelahiran Brazil itu kembali mewarnai EPL berkenaan dengan mengikat kontrak setahun.
Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Liga Perdana Inggeris ditangguhkan

Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Liga Perdana Inggeris ditangguhkan

Butiran mengenai jadual perlawanan yang disusun semula akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pengurus Chelsea dipecat: Tuchel mangsa kerakusan pemilik baharu

Pengurus Chelsea dipecat: Tuchel mangsa kerakusan pemilik baharu

Berita mengejut pemecatan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, barangkali satu tindakan yang langsung tidak masuk akal.
Ten Hag kongsi rahsia di sebalik kebangkitan Marcus Rashford

Ten Hag kongsi rahsia di sebalik kebangkitan Marcus Rashford

Erik ten Hag percaya bahawa peningkatan prestasi Marcus Rashford adalah kerana dia sekali lagi memperoleh kegembiraan beraksi bersama Manchester United.
EPL: Seperti watak antagonis filem James Bond - Neville puji Erling Haaland

EPL: Seperti watak antagonis filem James Bond - Neville puji Erling Haaland

Haaland telah menjaringkan 10 gol dalam enam penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris untuk Manchester City dalam permulaan cemerlang.
Kami hasilkan peluang demi peluang - Arteta anggap Arsenal berhak atasi Man United

Kami hasilkan peluang demi peluang - Arteta anggap Arsenal berhak atasi Man United

Mikel Arteta kesal dengan pembaziran Arsenal di depan gawang ketika mereka tewas 3-1 kepada Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.
Manchester United hadiahkan kekalahan pertama Arsenal

Manchester United hadiahkan kekalahan pertama Arsenal

Baru sahaja tiba pada hari terakhir jendela perpindahan dari Ajax, Antony membuka jaringan buat United dalam separuh masa pertama.
VAR: Virgil van Dijk patut kena kad merah - Lampard

VAR: Virgil van Dijk patut kena kad merah - Lampard

Perlawanan itu berakhir tanpa jaringan tetapi kad merah di penghujung permainan mampu menawarkan kelebihan buat tuan rumah.