awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih gesa pemain skuasy negara segera bangkit

Bernama
Bernama
22/01/2024
21:45 MYT
Jurulatih gesa pemain skuasy negara segera bangkit
AJAZ: Sivasangari dan Rachel akan menyertai kejohanan Cincinnati Gaynor Cup, saya harap sekurang-kurang seorang daripada mereka mara ke separuh akhir. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara digesa untuk segera bangkit menjelang kejohanan akan datang, selepas mengalami kekalahan mengejutkan pada Kejohanan Juara-juara (ToC) 2024 di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Ketua jurulatih kebangsaan Ajaz Azmat berkata S. Sivasangari, Rachel Arnold dan Ng Eain Yow telah memberikan aksi terbaik mereka pada kejohanan itu namun masih belum mencukupi untuk menyaingi lawan masing-masing.
Sivasangari yang merupakan pemain di ranking ke-14 dunia tunduk kepada wakil tuan rumah Sabrina Sobhy 9-11, 7-11, 4-11 manakala Rachel pula tewas kepada pilihan kedua Nouran Gohar dari Mesir 1-11, 4-11, 6-11.
Pemain lelaki pula menyaksikan Eain Yow tewas kepada wakil New Zealand Paul Coll 3-11, 8-11, 3-11.
"Sivasangari dan Rachel akan menyertai kejohanan Cincinnati Gaynor Cup pada 31 Jan hingga 4 Feb. Mereka berkemungkinan akan bertemu sesama sendiri di pusingan kedua. Saya berharap sekurang-kurang seorang daripada mereka mara ke separuh akhir.
"Eain Yow pula akan menyertai Terbuka Windy City, Chicago pada 21 hingga 28 Feb," katanya dalam satu kenyataan oleh Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM) semalam.
Kejohanan Cincinnati Gaynor Cup menyaksikan Rachel membuka kempen kejohanan menentang pemain Mesir, Ahaya Ali dan jika mara ke pusingan kedua akan berdepan Sivasangari yang diletakkan sebagai pilihan keenam, yang mendapat bye pada pusingan pertama.
Eain Yow pula akan berdepan Sebastien Bonmalais dari Perancis pada pusingan pertama kejohanan Terbuka Windy City.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Cincinnati Gaynor Cup
#Ajaz Azmat
#Kejohanan Juara-juara 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan