awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juve belajar daripada kesilapan, kata Pirlo tentang pendekatan bertahan

Astro Arena
Astro Arena
07/02/2021
02:16 MYT
Juve belajar daripada kesilapan, kata Pirlo tentang pendekatan bertahan
Cristiano Ronaldo (kanan) dan pemain Roma Roger Ibanez beraksi ketika perlawanan Serie A antara Juventus dan Roma di Stadium Allianz, Turin, Itali, 6 Feb, 2021. (Foto AP)
ANDREA Pirlo menjelaskan bahawa pendekatan bertahan Juventus ketika berdepan AS Roma merupakan satu percaturan taktikal selepas pasukannya meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan Serie A itu awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo -- sehari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-36 -- membuka jaringan di Stadium Allianz pada minit ke-13 sebelum gol sendiri Ibanez memastikan Juve meraih tiga mata untuk memintas Roma di tangga ketiga.
Gol Ronaldo terhasil menerusi salah satu daripada tiga percubaan tepat yang dihasilkan Juve dan ketiga-tiga percubaan itu dilakukan oleh bintang portugal berkenaan -- satu daripadanya terkena palang dan satu lagi diselamatkan penjaga gol, Pau Lopez.
Juve hanya memiliki 43.3 peratus penguasaan permainan dengan Roma pula menghasilkan 14 percubaan ke gawang lawan -- tetapi mereka perlu menunggu sehingga minit ke-61 untuk menguji Wojciech Szczesny, yang melakukan tiga aksi menyelamat gemilang ke atas bekas pasukannya itu.
"Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan seperti ini. Kami sedar Roma bermain dengan amat baik, jadi kami telah bersedia untuk lebih ke bawah, bertahan dan melakukan serangan balas," jelas Pirlo kepada Sky Sport Italia.
"Kawalan pencegahan kami amat baik, ini adalah pendekatan yang kami mahukan kerana bukan senang untuk menyerang dan bermain agresif dengan Roma.
"Kami menunggu mereka menyerang sebelum kembali menyerang mereka. Secara dasarnya, kami bermain seperti mana Roma bermain ketika menentang kami pada awal musim ini kerana anda perlu melakukannya dan tidak boleh sentiasa agresif melakukan serangan.
"Kami perlu mencari kecenderungan, lebih kukuh dan pendekatan bertahan kami lebih kelihatan sekarang kerana kami belajar daripada kesilapan lalu," katanya.
4 - Juventus made their 6th clean sheets in the current Serie A campaign: in 4 of these six games Giorgio Chiellini was on the pitch. Captain. #JuveRoma
— OptaPaolo (@OptaPaolo) February 6, 2021
Topic Berkaitan
#Andrea Pirlo
#percaturan taktikal
#Cristiano Ronaldo
#AS Roma
#Serie A
#Juventus
#terkena palang
#gol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan