awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta

Agensi
Agensi
18/04/2024
01:00 MYT
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Ronald dakwa, Juventus berhutang dengannya sekitar 19.5 juta euro (RM100 juta) daripada gaji tertunggak berikutan pemotongan gaji yang dipersetujui semasa pandemik COVID-19 melanda dunia. - Gambar fail
JUVENTUS sedang mengkaji keputusan yang dibuat oleh mahkamah timbang tara yang mengarahkan kelab itu membayar gaji tertunggak bekas penyerangnya, Cristiano Ronaldo sekitar 9.8 juta euro (RM50 juta), kata liga Serie A pada Rabu.
Bintang bola sepak kelahiran Portugal itu yang kini bermain untuk pasukan Arab Saudi, Al-Nassr mendakwa, kelab berkenaan berhutang dengannya sekitar 19.5 juta euro (RM100 juta) daripada gaji tertunggak berikutan pemotongan gaji yang dipersetujui semasa pandemik COVID-19 melanda dunia.
"Lembaga timbang tara... telah memastikan kesahihan perjanjian pengurangan pampasan (Ronaldo) berhubung musim sukan 2020/21," kata Juventus dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Reuters. Tribunal timbang tara memutuskan Juventus perlu membayar separuh daripada jumlah yang diminta oleh penyerang berusia 39 tahun itu.
"Mereka meluluskan sebahagian permintaan yang dibuat oleh (Ronaldo)..., memastikan liabiliti pra-kontrak Juventus akibat kegagalan rundingan dan mengarahkan defendan membayar jumlah kira-kira 9.8 juta euro," kata Juventus.
"Syarikat, juga dengan sokongan penasihat undang-undangnya, sedang menyemak keputusan yang dibuat oleh lembaga timbang tara, mengekalkan semua penilaian dan inisiatif untuk mengekalkan haknya."
Ronaldo menyertai Juventus pada Ogos 2018 dan membantu kelab berkenaan meraih dua kejuaraan Serie A berturut-turut, Piala Itali dan dua Piala Super, sebelum meninggalkan Itali untuk menyertai Manchester United pada 2021. - Reuters
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Juventus
#tunggakan gaji Ronaldo
#Al Nassr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan