ANDREA Pirlo berkata pasukan bimbingannya, Juventus, masih dalam pembikinan selepas tewas 0-2 kepada Barcelona dalam perlawanan Kumpulan G, Liga Juara-Juara Eropah di laman sendiri awal pagi tadi.
Juara Serie A itu -- yang kekurangan seorang pemain selepas Merih Demiral dibuang padang susulan kad kuning kedua -- ternyata tidak dapat menandingi Barca di mana lawan kendalian Ronald Koeman itu mengesahkan tiga mata menerusi jaringan Ousmane Dembele dan sepakan penalti lewat permainan Lionel Messi.
Juve gagal mendaftarkan sebarang percubaan tepat tetapi Alvaro Morata melakukan tiga percubaan yang dibatalkan kerana ofsaid.
Pirlo, bagaimanapun, enggan mengkritik pasukannya dan berharap mereka dapat mengambil sesuatu yang positif daipada kekalahan itu.
"Kami sedar ia akan menjadi sukar untuk berdepan pasukan yang bermain dengan baik dan berpengalaman beraksi di tahap ini sedangkan kami masih dalam pembikinan," katanya kepada Sky Sport Italia.
"Pada akhirnya, ia satu perlawanan yang berguna untuk kami berkembang dan meningkat pada masa akan datang.
"Saya harap akan ada ramai pemain kembali selepas ini kerana saya tiada banyak pilihan dan pemain yang saya pilih terpaksa beraksi selama 90 minit sebanyak dua kali seminggu.
"Ia bukan sesuatu yang mudah buat mereka, terutama apabila mereka masih muda dan tidak berpengalaman," katanya.
Astro Arena
Thu Oct 29 2020

Andrea Pirlo ketika memantau permainan semasa perlawanan UCL kumpulan G antara Juventus dan FC Barcelona di Stadium Allianz, Turin, Itali, 28 Okt, 2020. REUTERS

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Pirlo puji Ronaldo sebagai contoh buat semua pemain
Dalam proses itu, Ronaldo menjadi pemain Juve pertama menjaringkan gol dalam kelima-lima perlawanan pertama Serie A dalam semusim sejak era tiga mata bagi setiap kemenangan.

Juventus masih dalam pembikinan, kata Pirlo selepas dikalahkan Barca
Juve gagal mendaftarkan sebarang percubaan tepat tetapi Alvaro Morata melakukan tiga percubaan yang dibatalkan kerana ofsaid.

Juventus pertaruh Pirlo sebagai pengurus baru
Walaupun bekas pemain tengah Itali itu baru memegang jawatan sebagai pengurus skuad B-23 kelab itu sembilan hari yang lalu, kini diberi kepercayaan untuk menggantikan Maurizio Sarri.

Kenapa Itali gagal ke Piala Dunia?
Ini tiga sebab utama Itali gagal ke Piala Dunia pertama kali sejak 1958.

Andrea Pirlo umum bersara
Legenda bola sepak Itali, Andrea Pirlo mengumumkan persaraan daripada bola sepak menerusi Twitter awal pagi tadi selepas beraksi perlawanan terakhir dengan pasukan New York City.

Pirlo mungkin tidak lagi dipanggil untuk perkuat pasukan Itali
Pasukan Itali perlu bersedia beraksi tanpa pemain tengah berpengalaman, Andrea Pirlo yang tiada dalam senarai terbaru bagi aksi persahabatan bertemu Belgium dan Romania.