SUKAN
Juventus pecat ketua jurulatih, Tudor selepas lapan perlawanan tanpa kemenangan
Juventus memecat ketua jurulatih, Igor Tudor (gambar) dan staf kejurulatihannya selepas kelab itu gagal memenangi lapan perlawanan terakhirnya. - Gambar Reuters
ROM: Kelab Serie A Itali, Juventus pada Isnin memecat ketua jurulatih, Igor Tudor dan staf kejurulatihannya selepas kelab itu gagal memenangi lapan perlawanan terakhirnya, lapor Xinhua.
"Juventus FC mengumumkan bahawa ia hari ini telah menamatkan perkhidmatan Igor Tudor sebagai ketua jurulatih pasukan utama lelaki, bersama-sama staf beliau yang terdiri daripada Ivan Javorcic, Tomislav Rogic dan Riccardo Ragnacci," menurut kelab itu dalam satu kenyataan.
Tudor, bekas pemain pertahanan tengah Juventus, mengambil alih tugas pada Mac daripada Thiago Motta dan membimbing Bianconeri ke kelayakan Liga Juara-Juara UEFA musim lepas.
Juventus telah memulakan musim baharu dengan tiga kemenangan berturut-turut, termasuk kemenangan bergaya 4-3 ke atas Inter Milan dalam Derby d'Italia pada 13 September.
Tetapi kelab dikenali Old Lady itu gagal memenangi lapan perlawanan berikutnya dalam semua pertandingan, seri lima kali sebelum mengalami tiga kekalahan berturut-turut, dan gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan terakhir.
Pada masa ini, Juventus berada di kedudukan kelapan dalam Serie A, enam mata di belakang pendahulu Napoli dan menduduki tempat ke-25 daripada 36 pasukan dalam peringkat liga Liga Juara-Juara UEFA.
Menurut kelab itu, Massimo Brambilla, jurulatih Juventus Next Gen telah dilantik sebagai pengendali sementara untuk perlawanan menentang Udinese pada Rabu malam.
-- BERNAMA