Juventus rekod kemenangan keempat dalam lima perlawanan

Astro Arena
Disember 6, 2021 01:50 MYT
Di sebalik memenangi empat kali dalam lima perlawanan Serie A, Juve masih ketinggalan tujuh mata daripada tempat keempat Atalanta. - Foto Astro ARENA
JUVENTUS melonjak ke tangga kelima Serie A selepas jaringan daripada Juan Cuadrado dan Paulo Dybala melengkapkan kemenangan 2-0 ke atas Genoa di Stadium Allianz.
Cuadrado meletakkan Juve di hadapan pada minit kesembilan, sepakan sudut bek-kanan itu berjaya melintasi penjaga gol, Salvatore Sirigu, sebelum masuk ke gawang -- pemain kebangsaan Colombia itu menjadi pemain kelapan menjaringkan gol terus daripada sepakan sudut dalam saingan Serie A sejak 2010.
Salvatore Sirigu menafikan deretan peluang Juve namun Dybala memastikan kemenangan memihak mereka lapan minit sebelum tamat perlawanan.
Di sebalik memenangi empat kali dalam lima perlawanan Serie A, Juve masih ketinggalan tujuh mata daripada tempat keempat Atalanta, manakala Genoa kekal di tangga ke-18.
#Serie A #Juventus #genoa #bola sepak