awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juventus sambut baik kepulangan Morata ke Turin

Astro Arena
Astro Arena
22/09/2020
03:51 MYT
Juventus sambut baik kepulangan Morata ke Turin
Juventus menyambut baik kehadiran Morata (gambar) ketika pemain itu menjejakkan kaki di Turin awal pagi tadi. - Foto Astro ARENA
JUVENTUS menyambut baik kepulangan Alvaro Morata ke Turin selepas penyerang itu dijangka akan kembali menyertai pasukan juara Serie A berkenaan dalam masa terdekat.
Morata dilaporkan akan menyertai Juve secara pinjaman daripada Atletico Madrid dengan kesepakatan melibatkan pembayaran €9 juta (RM43.7 juta) dan kelab Itali itu mempunyai pilihan untuk membeli pemain berusia 27 tahun itu secara tetap dengan tanda harga €45 juta (RM218.8 juta).
Juventus, yang memang sedang memburu seorang penyerang, menyambut baik kehadiran Morata ketika pemain itu menjejakkan kaki di Turin awal pagi tadi.
"@AlvaroMorata sudah kembali ke bandar ini," ciap kelab itu dalam Twitter yang disertakan dengan gambar penyerang itu.
@AlvaroMorata is in town!#FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/ShUvBIZ9x3
— JuventusFC (@juventusfcen) September 21, 2020
Ia merupakan kali kedua Morata menyertai pasukan itu selepas merekodkan 27 gol daripada 93 penampilannya sepanjang dua musim dari 2014 hingga 2016.
Dia kembali menyertai Real Madrid selama semusim sebelum menyertai Chelsea dan Atletico Madrid, di mana dia menjaringkan 12 gol dalam 34 penampilan LaLiga musim lalu.
Dengan Gonzalo Higuain meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Inter Miami, Juve turut dikaitkan untuk mendapatkan Luis Suarez (Barcelona) dan Edin Dzeko (AS Roma).
Perpindahan Morata berkemungkinan akan membuka ruang untuk Suarez, 33, menyertai Atletico.
Juve memenangi sembilan kejuaraan Serie A berturut-turut dan membuka kempen musim ini di bawah kendalian jurulatih baru, Andrea Pirlo, dengan kemenangan 3-0 ke atas Sampdoria hujung minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Alvaro Morata
#Atletico Madrid
#barcelona
#Chelsea
#Juventus
#Luis Suarez
#pembayaran
#penyerang
#perpindahan
#pulang
#Real Madrid
#Serie A
#Turin
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan