Bagi mendapatkan barisan pemain terbaik, ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal turut membuat tinjauan perkembangan pemain dalam Liga Malaysia selain nama yang disenaraikan untuk dipanggil mengikuti latihan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015.
Beliau berkata pemantauan yang dilakukan itu merupakan salah satu tugasan yang perlu dilakukan bagi memantau perkembangan pemain kebangsaan.
"Kalau kita boleh nampak pemain yang bersinar atau bermain dengan baik, kita akan bagi peluang kepada mereka yang menunjukkan permainan yang baik dan konsisten.
"Saya juga berharap pemain yang sedia bermain untuk pasukan kebangsaan ini akan bermain dengan baik dalam semua perlawanan Liga Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Terengganu di Stadium Darul Makmur di sini malam Selasa.
Beliau turut mengakui dua pemain Pahang, Mohd Hafiz Kamal dan Mohd Fauzi Rozlan yang menunjukkan persembahan menarik dalam setiap perlawanan, antara pemain dalam senarainya untuk dipanggil mengikuti latihan berkenaan.
Menurutnya pemain yang mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha juga perlu dipanggil mengikuti latihan berkenaan bagi membantu pasukan kebangsaan.
"Persembahan kurang memuaskan dua pemain itu bukan alasan untuk kita tidak panggil mereka sertai pasukan kebangsaan, dengan pengalaman yang ada selain kita turut memanggil beberapa muka baharu," katanya.
Beliau yang baru pulang dari Bahrain turut membuat pemerhatian terhadap pasukan yang bakal ditentang pada pusingan kelayakan Piala Asia untuk membuat persediaan lebih rapi.
Saingan kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Feb depan dengan 20 pasukan akan dibahagi dalam lima kumpulan merangkumi empat pasukan.
Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir di Australia, 4 hingga 26 Januari 2015.
Dalam pusingan kelayakan itu pasukan negara diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Bahrain dan Yemen.
Bernama
Wed Jan 23 2013
[TERKINI] Perkukuh kawal selia BBP melalui penggubalan akta
Kerajaan memandang serius isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan Entiti Berkepentingan Kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.
[TERKINI] Selangor FC hantar permohonan rasmi tunda Piala Sumbangsih
Selangor FC telah menghantar surat permohonan rasmi untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Hajat terakhir papa nak main layang-layang - Anak Hail Amir
Hasrat terakhir Allahyarham Datuk Hail Amir untuk bermain layang-layang bersama cucu-cucu tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada petang semalam.
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
Selangor mahu tunda Piala Sumbangsih
SELANGOR FC telah menghantar surat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.
Faisal Halim mohon doa rakyat Malaysia
Faisal Halim meminta rakyat Malaysia dapat mendoakan dirinya cepat sembuh selepas mengalami kecederaan teruk akibat disimbah asid pada Ahad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Peratusan keluar mengundi awal hampir 100 peratus
Peratusan itu melibatkan 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.
AWANI Borneo [07/05/2024] - Kita ikut persekutuan - Hajiji | Sokongan penuh | Klinik daif
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 7 Mei 2024
Janji Hajiji, semua penjawat awam dapat kenaikan gaji sama macam persekutuan
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus Dewan Undangan Negeri
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
#AWANIBorneo 7 Mei 2024
Janji Hajiji, semua penjawat awam dapat kenaikan gaji sama macam persekutuan
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus Dewan Undangan Negeri
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
[TERKINI] YDP Agong lihat Parlimen Singapura bersidang
Saya tidak sanggup tengok pelajar dalam kontena - Abang Jo
Enggan pelajar belajar di dalam kontena jadi punca Tan Sri Abang Johari sanggup menanggung kos pembinaan sekolah-sekolah daif di negeri itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
K. Rajagobal dilantik ketua jurulatih Sarawak hadapi Liga Super 2016
Pelantikan beliau yang berkuatkuasa 1 Dis itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Datuk Sudarsono Osman hari ini.
Kelayakan Piala Asia: Bahrain tundukkan Malaysia 1-0
Usaha yang di lakukan barisan Rajagobal untuk sekurang kurangnya samakan kedudukan gagal.
Masa depan Rajagobal bergantung pada pencapaiannya
Masa depan Rajagobal bergantung kepada pencapaiannya, kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah apabila ditanya mengenai masa depan pengendali kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
Rajagobal ambil pendekatan waspada
Pengendali skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengambil pendekatan waspada menjelang pertemuan dengan Qatar, 6 Februari nanti.
K. Rajagobal pantau pemain untuk Piala Asia
Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal membuat tinjauan perkembangan pemain dalam Liga Malaysia untuk dipanggil mengikuti latihan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015.
Kehadiran PM beri tonik 'luar biasa' kepada skuad Harimau Malaya
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal menyifatkan kehadiran Perdana Menteri menjadi azimat terbaik kepada anak buahnya.