KUALA LUMPUR:Bekas pengendali skuad negara Datuk K. Rajagobal hari ini mengesahkan menerima tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brunei dengan kontrak dua tahun berkuat kuasa Januari 2021.
Ia merupakan kemunculan semula Rajagobal, 64, di pentas antarabangsa dalam tempoh tujuh tahun selepas membimbing skuad Harimau Malaya bermula 2009 sehingga 2013.
Rajagobal atau lebih dikenali sebagai 'King Gobal' yang membawa Malaysia muncul juara Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) buat julung kali pada 2010, berkata tawaran itu satu penghormatan bagi dirinya.
"Ia memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk kembali semula memberi sesuatu kepada arena bola sepak. Ini juga peluang untuk saya menikmati semula suasana dan apa yang pernah saya lalui sewaktu menjadi ketua jurulatih Malaysia.
"Saya memandang ke hadapan untuk memulakan tugas ini dan mengambil cabaran bagi meningkatkan keseluruhan tahap pasukan. Walaupun ia bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam sekelip mata, saya harap dapat lihat perbezaan peningkatan sedikit dalam masa yang singkat," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, Rajagobal antara tiga calon yang disenarai pendek Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) bagi menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih selepas satu proses pemilihan teliti dilakukan badan induk itu.
Rajagobal berkata perkara pertama yang bakal dilakukan adalah mengubah mentaliti barisan pemain serta meningkatkan tahap keyakinan mereka.
"Kita tahu di mana kedudukan Brunei dalam ranking FIFA dan struktur bola sepak mereka tetapi kita tak boleh lihat dari satu sudut sahaja. Sebagai jurulatih saya cuba tampilkan perbezaan dari segi pemikiran pemain, menjadikan mereka lebih berkeyakinan dalam masa terdekat," jelas beliau.
Pasukan Brunei kini menduduki ranking ke-191 dunia.
Kewibawaan Rajagobal di pentas antarabangsa turut dibuktikan dengan kejayaan membimbing skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, mengakhiri kemarau 20 tahun meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.
Di peringkat kelab, beliau yang memiliki pengalaman 30 tahun selaku jurulatih pernah menabur bakti bersama beberapa pasukan utama antaranya PKNS FC, Selangor, Kelantan dan Sarawak sebelum kembali membimbing PKNS FC dari 2017-2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Rajagobal berkata perkara pertama yang bakal dilakukan adalah mengubah mentaliti barisan pemain serta meningkatkan tahap keyakinan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya
Pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama.
Peminat bola sepak di Twitter cadang Rajagobal gantikan Moyes
Pemecatan Moyes dari Manchester United (MU) hari ini telah mengundang pelbagai reaksi dari peminat kelab bolasepak liga Inggeris tersebut.
Aksi lebih mantap menentang Yaman
Seramai 17 pemain melaporkan diri di Wisma FAM semalam bagi mengikuti kem latihan skuad kebangsaan.