awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaedah penganjuran Sukma Johor 2020 akan dikaji terlebih dahulu - Ahmad Faizal

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2021
07:52 MYT
Kaedah penganjuran Sukma Johor 2020 akan dikaji terlebih dahulu - Ahmad Faizal
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan perbincangan teliti dengan kerajaan negeri Johor berhubung penganjuran sukan itu yang dijangka diadakan tahun hadapan. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji terlebih dahulu kaedah penganjuran yang terbaik bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang dijadualkan berlangsung di negeri Johor.
Menurut menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pihaknya akan mengadakan perbincangan teliti dengan kerajaan negeri Johor berhubung penganjuran sukan itu yang dijangka diadakan tahun hadapan.
Beliau berkata, melalui persiapan yang begitu teliti termasuk penyelenggaran venue yang rapi, Johor dilihat sudah bersedia untuk menganjurkan Sukma 2020.
Penganjuran Sukma Johor 2020, jelas beliau, merupakan fokus utama KBS dan pihaknya sedang mengatur jadual temasya tersebut.
Sehubungan itu, dalam kunjungannya ke negeri Johor hari ini, Ahmad Faizal akan mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi membincangkan persiapan menghadapi Sukma 2020.
“Saya lihat persiapan negeri Johor begitu teliti, semua venue telah siap… malah saya nampak penyelenggaran venue-venue ini dibuat dengan baik dan saya percaya negeri Johor bersedia untuk menganjurkan (Sukma 2020).
“Sukma 2020 adalah fokus utama Kementerian Belia dan Sukan,” kata Ahmad Faizal.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Arena Larkin di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Onn Hafiz berkata, Johor masih menunggu keputusan sama ada Sukma Johor 2020 boleh dianjurkan pada tahun hadapan yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma dalam masa terdekat.
Katanya, Johor bersedia menjadi tuan rumah Sukma tahun hadapan selepas ditangguhkan dua kali sebelum ini akibat penularan wabak COVID-19.
Kerajaan Johor memperuntukan RM4.2 juta bagi menyelenggara kemudahan dan lokasi acara Sukma dan kesemua lokasi acara temasya sukan itu di negeri berkenaan sudah siap sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#SUKMA
#Sukma Johor 2020
#Kementerian Belia dan Sukan
#Kerajaan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan