awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KAFA akan selesaikan hutang kepada pemain sebelum 31 Jan ini

Bernama
Bernama
17/01/2020
21:46 MYT
KAFA akan selesaikan hutang kepada pemain sebelum 31 Jan ini
Husin berkata, tunggakan itu merupakan hutang yang gagal dijelaskan sejak 2016 merangkumi bekas pemain, jurulatih dan pegawai selain hutang terhadap LHDN, Perkeso dan lain-lain. - Gambar fail
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menyelesaikan tunggakan hutang yang melibatkan pemain, pegawai dan jurulatih pasukan Kelantan sebelum 31 Jan ini.
Setiausaha Agungnya Husin Deraman berkata pihaknya sudah menjelaskan tunggakan hutang itu sebanyak RM2 juta kepada sebahagian daripada 19 pemain termasuk pegawai dan jurulatih berkenaan.
"Baki tunggakan hutang itu akan diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan kami dikenakan pemotongan mata.
"Tunggakan itu merupakan hutang yang gagal dijelaskan sejak 2016 merangkumi bekas pemain, jurulatih dan pegawai selain hutang terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Kelantan, Melaka dan PDRM bakal berdepan dengan hukuman pemotongan mata jika gagal melunaskan tunggakan hutang pemain dan pegawai pasukan sebelum 31 Jan ini.
Husin berkata pihaknya sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan hutang bagi mengelak pasukan Kelantan dikenakan pemotongan mata.
"Dalam hal ini kami tidak lepas tangan sebaliknya meneruskan usaha walaupun berdepan dengan pelbagai bebanan dan cuba menyelesaikan dengan tolak ansur semua pihak secara ansuran.
Kami telah mengadakan rundingan dengan semua bekas pemain serta jurulatih yang terlibat dengan isu tunggakan hutang itu agar ia memberi hasil yang positif kepada dua-dua belah pihak," katanya.
Kelantan pernah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga memberi kesan kepada kedudukan pasukan dalam carta Liga Premier musim lepas kerana gagal menjelaskan tuntutan pembayaran gaji tertunggak dan pampasan kontrak bekas Pengarah Teknikal KAFA, Alfredo Carlos Gonzalez.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#hukuman pemotongan mata
#Husin Deraman
#hutang
#jurulatih
#KAFA
#Kelantan
#LHDN
#pemain bola
#perkeso
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#rundingan
#tunggakan hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan