PETALING JAYA: Kejohanan Piala Raja Thailand yang bakal berlangsung minggu hadapan di Chiang Mai adalah pentas terbaik buat Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi untuk membuat penampilan sulung bersama pasukan negara.
Penjaga gol Petaling Jaya City itu berkata ketiadaan Farizal Marlias dalam senarai skuad Harimau Malaya kali ini membuka peluang kepadanya dan dua lagi penjaga gol yang dipanggil untuk membuktikan keupayaan menjadi benteng terakhir pasukan.
Selain Kalamullah, dua lagi penjaga gol yang berada dalam skuad pasukan kebangsaan ke Chiang Mai adalah penjaga gol skuad Bawah 23 Tahun (B-23) iaitu Rahadiazli Rahalim dan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dari Negeri Sembilan FC.
"Ini peluang terbaik saya untuk buktikan dalam skuad kebangsaan. Saya perlu buktikan dalam sesi latihan.
"Ketiga-tiga penjaga gol semua terbaik. Ketiadaan Farizal membuka peluang kepada kami dan kami akan cuba yang terbaik. Sesiapa juga diberi peluang untuk menjadi penjaga gol utama pasti akan buat yang terbaik," kata Kalamullah ketika ditemui sebelum sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM di sini pada Sabtu.
Kalamullah berkata beliau yakin dengan prestasi semasanya terutama selepas berjaya membantu PJ City mencatat keputusan seri dengan juara Piala FA, Johor Darul Ta'azim (JDT) Khamis lepas.
Pemain berusia 27 tahun itu telah empat kali dipanggil menyertai pasukan kebangsaaan namun masih belum membuat sebarang penampilan.
Sementara itu, pemain pertahanan Declan Lambert yang pertama kali dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan berharap dapat memberikan aksi terbaik dan membanggakan seluruh peminat bola sepak negara.
"Ia adalah perkara terbaik dipanggil menyertai skuad kebangsaan dan bangga untuk mewakili Malaysia. Sasaran peribadi saya adalah untuk terus mendapat kepercayaan dipanggil menyertai skuad kebangsaan, tapi buat masa ini saya bersedia untuk belajar. Saya berharap dapat meyakinkan para jurulatih," katanya.
Pemenang kedua-dua perlawanan itu akan bertemu di peringkat final pada 25 Sept manakala pasukan yang kalah akan berentap untuk merebut tempat ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Pemain berusia 27 tahun itu telah empat kali dipanggil menyertai pasukan kebangsaaan namun masih belum membuat sebarang penampilan. - Instagram/kalamullah_22
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Piala Raja Thailand: Misi Malaysia tidak kesampaian
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Piala Raja Thailand: Malaysia gagal tumbangkan tuan rumah
Kedua-dua pasukan yang merupakan musuh tradisi menyajikan pertarungan sengit, dengan saling mengejar mata.
Pan Gon puji kekuatan mental Harimau Malaya
"Saya rasa pemain Harimau Malaya telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan keyakinan sepanjang masa."
Piala Raja Thailand: Malaysia juara acara beregu lelaki
Ini merupakan satu-satunya gelaran dimenangi skuad sepak takraw pada kejohanan kali ini.