awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Nasi ambeng... Satu dulang seribu makna
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau Chelsea pecat Conte, siapa nak ganti?

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2018
10:28 MYT
Kalau Chelsea pecat Conte, siapa nak ganti?
Antonio Conte bagaikan sudah tawar hati untuk meneruskan tugasnya di Stamford Bridge malah beberapa kali mengeluarkan kenyataan seolah-olah minta dipecat - Gambar REUTERS
JODOH Antonio Conte dan Chelsea dijangka berakhir tidak lama lagi. Cemerlang membawa kelab itu menjulang kejuaraan liga musim lalu, kini segalanya serba tak kena buat Conte.
The Blues dilaporkan sedang mempertimbang keputusan untuk memecat pengurus kelahiran Itali itu berikutan prestasi hambar dalam saingan Liga perdana Inggeris EPL musim ini.
Chelsea kalah dalam dua perlawanan berturut turut ketika berdepan Bournemouth and Watford. Tidak hanya tercicir enam mata, tujuh jaringan yang dilepaskan jelas menggambarkan betapa mudahnya gawang juara bertahan itu dirobek.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dikhabarkan sudah hilang sabar. Jika kalah kepada West Brom dalam perlawanan pada Isnin bermakna titik noktah buat Conte.
Paling jadi sebutan bagi ambil alih kerusi panas itu, bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique. Namun difahamkan pengurus berbangsa Sepanyol ini enggan terima tawaran berkenaan buat waktu ini dan hanya bersedia pada musim panas nanti.
The Blues dilaporkan sedang mempertimbang keputusan untuk memecat pengurus kelahiran Itali itu berikutan prestasi hambar dalam saingan Liga perdana Inggeris EPL musim ini. - Gambar REUTERS
Enrique hanya bersedia ke Stamford Bridge musim panas ini. - Gambar REUTERS
Sementara menunggu tempoh itu tugas membimbing The Blues mungkin diserahkan kepada bekas pengurus Watford, Marco Silva.
Bagaimanapun Jika dilihat daripada segi rekod Silva bukanlah pilihan tepat. Beliau dipecat Watford bulan lalu selepas hanya menang sekali dalam 11 perlawanan. Namun jika Silva berjaya melakukan magis, masa depannya di Stamford Bridge mungkin lebih cerah.
Silva mungkin jadi pilihan untuk pikul sementara tugas kemudi Chelsea sehingga penghujung musim ini. - Gambar REUTERS
Silva mungkin jadi pilihan untuk pikul sementara tugas kemudi Chelsea sehingga penghujung musim ini. - Gambar REUTERS
Bagi Abramovich setakat dua nama tidak memadai. Jutawan Rusia ini dikatakan amat meminati gaya pengendalian jurulatih Napoli Maurizio Sarri yang bejaya meletakkan kelab itu di takhta Serie A. Berapa jumlah perlu dibayar bukan masalah buatnya.
Selain itu bekas pengurus Borussia Dortmund, Thomas Tuchel turut dikaitkan untuk isi kekosongan yang bakal ditinggalkan Conte seandainya khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#barcelona
#Chelsea
#EPL
#Itali
#Liga Perdana Inggeris
#Luis Enrique
#Marco Silva
#Maurizio Sarri
#pecat
#roman abramovich
#Rusia
#Thomas Tuchel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan