awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah

Astro Arena
Astro Arena
04/04/2024
07:17 MYT
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
HANNAH: "Kalau semua orang berhenti kerja untuk layan surat layang agak susah untuk semua." - Gambar fail/Bernama
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengakui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini.
FAM pada hujung minggu lalu dipalit dengan isu e-mel beracun yang dihantar kepada media, yang sarat dengan dakwaan berlakunya salah guna kuasa dalam pengurusan badan induk itu.
Ia menjejaskan reputasi FAM sebagai badan pentadbir bola sepak negara tetapi Hannah, menerusi perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkata ia merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia campur tangan sekiranya ada bukti penyelewengan berlaku.
"Kalau semua orang berhenti kerja untuk layan surat layang agak susah untuk semua.
"Dalam semua syarikat, semua tempat pun saya percaya sudah jadi kebiasaan.
"Kalau ada laporan dibuat, itu kita akan ambil tindakan," kata Hannah.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Hannah Yeoh
#FAM
#surat layang
#Persatuan Bolasepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan