PEMAIN tengah West Ham, Kalvin Phillips, mendedahkan keputusan untuk meninggalkan Man City secara pinjaman selepas Pep Guardiola memanggilnya berlebihan berat badan.

Pemain kebangsaan England itu berhijrah ke West Ham selepas jendela perpindahan dibuka selepas 18 bulan yang sukar di Manchester.

Sepanjang berada di Etihad, Phillips dikritik Guardiola selepas pengendali kelahiran Sepanyol itu melabel dirinya berlebihan berat badang.

Menerusi The Sun, Phillips mengakui saat di mana pengurusnya mengutuk dirinya kepada media merupakan paling sukar dalam karier saya.

"Selepas Piala Dunia, ia mungkin tempoh yang paling sukar, apabila Pep keluar dan berkata saya berlebihan berat badan. Dia betul berbuat demikian tetapi ada cara berbeza untuk melakukannya," katanya.

"Pep mahu saya datang sehari selepas kami menamatkan kejohanan dan terlibat dalam perlawanan persahabatan dan sebagainya.

"Saya tidak pernah mendapat makluman itu kerana jika dia meminta saya untuk berada di sana, saya akan bersama pasukan.

"Ia hanyalah salah faham, dia sangat kecewa dengan saya kembali bersama pasukan berlebihan 1.5 kilogram.

"Ia memerlukan keyakinan saya dan semangat saya ketika di City. Keluarga saya juga tidak gembira mengenainya perkhabaran itu. Terutama ibu." - Stadium Astro