awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami akan tetap tuntut gaji - Safee Sali

Astro Arena
Astro Arena
28/06/2019
21:49 MYT
Kami akan tetap tuntut gaji - Safee Sali
Safee Sali (gambar), yang mengetuai 14 bekas pemain skuad Singa Utara itu menuntut tunggakan gaji selama tiga bulan meskipun Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) telah dibatalkan penyertaan dalam Liga Malaysia (Liga-M). - Foto Astro Arena
"Ini hak kami dan kami tetap akan tuntut."
Itu ketegasan yang disuarakan bekas pemain Perlis, Safee Sali, yang mengetuai 14 bekas pemain skuad Singa Utara itu menuntut tunggakan gaji selama tiga bulan meskipun Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) telah dibatalkan penyertaan dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Perlis memahat sejarah hitam bola sepak negara apabila menjadi pasukan negeri pertama disingkirkan daripada Liga-M, Februari lalu, ekoran kegagalan pucuk pimpinannya menyelesaikan kemelut kewangan pasukan.
Meskipun begitu, Safee dan rakan-rakannya tetap menuntut hak mereka kerana mahukan pengurusan setiap pasukan menghormati kontrak yang sudah ditandatangani bersama pemain.
Safee dan lapan bekas pemain Perlis membuat tuntutan berkenaan melalui Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), kelmarin.
"Jangan memandang ringan kepada pemain dan kontrak yang telah ditandatangani setiap pemain.
"Ini hak kami dan ini kerjaya kami, jadi kalau kita hendak maju ke depan, saya berharap perkara-perkara seperti ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail, mengesahkan 14 bekas pemain Perlis itu sudah membuat tuntutan dan laporan kepada pihaknya, namun bilangan itu dijangka bertambah.
"Kes tunggakan gaji Perlis bukan berlaku pada tahun ini sahaja.
"Ia sudah berlaku sejak 2016.
"Kes ini masih lagi berlarutan dan jumlah tunggakan ini kami jangkakan melebihi RM1 juta.
"Kami berharap FAM dapat membantu pemain untuk mendapatkan hak mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#gaji tertunggak
#kontrak
#Liga Malaysia
#Liga-M
#Malaysia
#masalah gaji
#Perlis
#Perlis tersingkir
#safee sali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan