SPORTS

Kami beraksi baik tapi kena kad merah - Fandi Ahmad

Astro Arena 26/04/2025 | 22:30 MYT
Fandi bercakap pada sidang media selepas perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KETUA jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, berpuas hati dengan berisan pemain bersama staf kejurulatihan yang memberikan komitmen memuaskan dalam aksi final Piala Malaysia 2024/25 meskipun tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.
Dia turut berasakan kad merah yang dilayangkan kepada Sergio Aguero dalam separuh masa pertama merencatkan peluang yang dimiliki pasukan untuk menambah jaringan di Stadium Bukit Jalil.
Jaringan Sri Pahang hadir menerusi T. Saravanan, manakala JDT daripada sepakan penalti Bergson dan Arif Aiman Hanapi.
Untuk rekod, JDT berjaya menyamai pencapaian Selangor (1995-1997) dan Kuala Lumpur (1987-1989) dengan melakar hatrik kejuaraan Piala Malaysia dari 2022-2024/2025.
"Ini tujuan kami ke sini untuk inginkan kemenangan, pemain beri 200%. Kami rasa berputus asa dengan keadaan tadi, kami beraksi baik tetapi kena kad merah. Itu yang melemahkan peluang kita.
"Saya berterima kasih, mereka telah beri yang terbaik, mereka berjuang selepas berlatih beberapa minggu, kami mempersiapkan pasukan agar aksi akhir lebih menarik." katanya. - Stadium Arena
#Piala Malaysia #Sri Pahang #JDT #Fandi ahmad