Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
SUKAN

"Kami di sini bukan untuk cari salah sesiapa" - TMJ

Astro Arena 26/10/2025 | 04:15 MYT
Tunku Ismail berkongsikan foto pertemuan bersama Infantino, di ibu kota, semalam. - Gambar/ IG HRH Crown Prince of Johor
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan foto pertemuan bersama Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, di ibu kota, semalam.

Menerusi laman X, baginda berkongsikan: "Kami di sini bukan untuk mencari salah sesiapa, kami di sini untuk mencari penyelesaian serta membina asas kukuh bola sepak negara," kongsinya.

Infantino hadir berkunjung ke Malaysia sempena Sidang Puncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur selepas kali terakhir adalah pada April 2019. - Stadium Astro







#TMJ #FIFA #Gianni Infantino #ASEAN25