Kami mahu kejutkan Argentina - Rodriguez

Astro Arena
Jun 23, 2015 02:00 MYT
James Rodriguez yakin walaupun Colombia akan beraksi tanpa khidmat pemain Edwin Valencia, perancang itu yakin mereka masih mampu mengecewakan Argentina. - Foto Astro Arena
Colombia akan menyerang Argentina dalam pertemuan suku akhir Copa America walaupun terpaksa bergelut di dalam saingan kumpulan.
James Rodriguez yakin walaupun Colombia akan beraksi tanpa khidmat pemain Edwin Valencia, perancang itu yakin mereka masih mampu mengecewakan Argentina.
"Semua orang mengetahui Argentina memilki pemain yang bagus, tapi ia bukan penghalang buat kami," ujar Rodriguez.
Pemain Real Madrid itu juga menegaskan kepada rakan sepasukannya bahawa prestasi semasa Lionel Messi akan menjadi ancaman utama mereka.
"Messi merupakan pemain yang unik, namun Colombia mampu berdepan pasukan yang kuat."
#Argentina #Colombia #Copa America #James Rodriguez