awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami mampu atasi Vietnam - Corbin Ong

Bernama
Bernama
07/06/2021
21:15 MYT
Kami mampu atasi Vietnam - Corbin Ong
Corbin yang merupakan anak kelahiran London berkata semangat pasukan adalah tinggi biarpun kalah teruk 0-4 di tangan UAE di Stadium Zabeel Jumaat lepas. - Ig @lavco
KUALA LUMPUR: Ia sukar, tetapi bukan suatu misi yang mustahil.
Itulah pandangan bek kiri Harimau Malaya La'Vere Lawrence Corbin-Ong apabila ditanya mengenai peluang skuad bola sepak negara dalam perlawanan menentang Vietnam, Jumaat ini pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bagaimanapun, beliau berkata untuk menjayakan misi itu kesemua pemain Harimau Malaysia perlu 100 peratus bersedia dan fokus dalam menghadapi Vietnam.
Mengimbau kembali perlawanan sebelum ini yang menyaksikan Malaysia tewas tipis 0-1 kepada skuad Naga Emas bimbingan Park Hang-seo itu pada Oktober 2019 di Hanoi, pemain Johor Darul Ta'zim itu mengakui Vietnam adalah skuad yang padu, sangat berdisiplin dan sukar untuk skuad negara mengucar-ngacirkan pasukan tuan rumah itu.
"Pada asasnya mereka bermain dengan lima pemain bek dan sukar untuk mencari ruang antara pemain Vietnam ...mereka gemar memberikan tekanan, amat cergas dan berfungsi sebagai satu unit yang padu tetapi saya percaya kami mampu memecahkan benteng mereka dalam perlawanan seterusnya nanti jika kami bersatu hati," katanya dalam sidang media secara maya pada Isnin.
Pemain berusia 30 tahun itu juga percaya Malaysia perlu menggunakan kelebihan ketinggian pemainnya seperti Liridon Krasniqi (1.92m), Junior Eldstal (1.91m) dan Dion Cools (1.85m) semasa diberikan sepakan percuma ketika menentang Vietnam.
Pada masa sama, beliau memuji pendatang baharu, Cools pemain kacukan Malaysia-Belgium yang menyertai pasukan itu minggu lepas dan menyifatkannya sebagai seorang pemain berkualiti tinggi.
Corbin-Ong juga berkata beliau sedang berusaha mendapatkan keserasian dengan Cools yang merupakan anak kelahiran Kuching yang kini bermain dengan pasukan Superliga Denmark FC Midtjylland.
Beliau yang merupakan anak kelahiran London berkata semangat pasukan adalah tinggi biarpun kalah teruk 0-4 di tangan UAE di Stadium Zabeel Jumaat lepas.
Selepas berhadapan Vietnam, Malaysia akan mengakhiri perlawanan Kumpulan G menentang Thailand pada 15 Jun ini, juga di Stadium Al Maktoum, Dubai.
Malaysia kini berada di kedudukan keempat Kumpulan G dengan sembilan mata, sama dengan pasukan tempat kedua, UAE dan tempat ketiga Thailand yang kedua-duanya mempunyai kelebihan jaringan. Vietnam di kedudukan teratas dengan 11 mata sementara Indonesia di tangga terbawah dengan hanya satu mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Corbin Ong
#harimau Malaya
#La'Vere Lawrence
#Liridon Krasniqi
#Junior Eldstal
#dion cools
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan