awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ugut KP Kelantan: Dipercayai ada kaitan lebih 100 kes along dibuka semula
Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16
Piala EFL: Manchester City cari tonik baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami tak buat janji kosong' - TMJ

Sinar Harian
Sinar Harian
25/08/2024
07:45 MYT
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Tunku Ismail berkata, Harimau Selatan bukan sebuah pasukan yang suka bercakap banyak dan menabur janji kosong. - Foto Bernama
PASUKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Harimau Selatan juga bukan sebuah pasukan yang suka bercakap banyak dan menabur janji kosong.
Ia dibuktikan dengan kejayaan membelasah salah satu pencabar terkuat iaitu Selangor FC dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
"Kami tidak bercakap, berpura-pura menjadi mangsa, mencipta drama, konspirasi dan membuat janji kosong.
"Kami hanya membuktikan kemenangan," katanya dalam hantaran di laman sosial HRH Crown Prince of Johor.
Dalam aksi final tersebut, JDT terlalu unggul buat Selangor apabila mudah membenam pasukan itu 6-1 sekali gus mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi Piala FA tiga kali berturut-turut.
Malah kejayaan itu juga melebarkan penguasaan JDT sebagai pasukan gergasi Malaysia apabila sudah mengumpul 28 piala sejak 2013. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#JDT
#Piala FA
#Selangor FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan