awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
KTMB sasar 1.2 juta penumpang guna ETS pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kane kekal tenang selepas ledak gol ke-200 bersama Spurs

Astro Arena
Astro Arena
06/11/2020
02:58 MYT
Kane kekal tenang selepas ledak gol ke-200 bersama Spurs
Harry Kane dan Eric Dier meraikan gol pertama pasukan mereka dalam perlawanan Liga Europa Kumpulan J antara PFC Ludogorets Razgrad dan Tottenham Hotspur di Arena Ludogorets, Razgrad, Bulgaria, 5 Nov, 2020. REUTERS
PENYERANG Tottenham, Harry Kane, meledak gol ke-200 untuk Spurs ketika menang 3-1 dalam saingan Liga Europa ke atas Ludogorets tetapi menegaskan dia tidak bercadang untuk menjadi penjaring gol terbanyak kelab.
Kane menanduk masuk hantaran Lucas Moura pada minit ke-13 sekali gus merekodkan gol yang ke-200 untuk Spurs dalam 300 penampilan bagi semua pertandingan.
Dia telah menjaringkan 121 gol dengan kaki kanan, 44 menggunakan kaki kiri dan menanduk 34 kali, dengan 177 hadir dalam kotak penalti sementara 23 daripada luar.
Pemain berusia 27 tahun itu telah meledak 30 penalti tetapi hanya satu sepakan percuma, dan menghuni tempat ketiga selaku penjaring terbanyak Spurs, lapan gol di belakang Bobby Smith dan 66 di belakang Jimmy Greaves.
Good win and a proud night for me reaching 200 @SpursOfficial goals. More to come. pic.twitter.com/5T9WDmaF9I
— Harry Kane (@HKane) November 5, 2020
"Itu bukan di fikiran saya," kata Kane kepada BT Sport ketika ditanya adakah dia memikirkan untuk mengatasi kedua-duanya.
"Ini sesuatu yang kalian akan maklumkan setelah saya menerimanya. Ini semua perkara hebat. Sebaik sahaja anda menamatkan karier sebagai pemain, anda akan mengingatinya semula.
"Masa berjalan begitu pantas, rasanya seperti semalam saya menjaringkan gol pertama untuk Spurs. Ini adalah pencapaian hebat untuk meledak 200 gol, tapi pasti masih ada lagi. Mari kita teruskan."
Spurs mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Royal Antwerp dalam aksi Liga Europa sebelum ini dan Kane berkata ia amat penting kembali meraih kemenangan dalam pertandingan ini.
"Kami perlu bangkit. Saya tidak berasakan ia adalah persembahan terbaik kami tetapi kami memenangi perlawanan ini. Bukan mudah beraksi di Eropah, ia telah berlaku kepada kami minggu lalu."
Topic Berkaitan
#Harry Kane
#gol
#penalti
#Tottenham Hotspur
#PFC Ludogorets Razgrad
#Liga Europa
#gol ke-200
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan