awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanser semakin kronik, lagenda bola sepak Pele rai krismas di hospital

Faida Rahim
Faida Rahim
22/12/2022
03:40 MYT
Kanser semakin kronik, lagenda bola sepak Pele rai krismas di hospital
Pele yang merupakan pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dimasukkan ke hospital di Sao Paulo sejak 29 November lalu untuk sesi penilaian semula rawatan kimoterapi - Foto REUTERS
BRASILIA: Bekas bintang bola sepak Brazil, Pele dilaporkan akan meraikan Krismas di hospital berikutan sedang menjalani rawatan rapi kanser yang semakin kronik.
Memetik CNA, pihak Hospital Albert Einstein di Sao Paulo memaklumkan Pele yang kini berusia 82 tahun berada di bawah pentauan rapi disebabkan masalah penyakit buah pinggang dan jantung.
Pele yang merupakan pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dimasukkan ke hospital di Sao Paulo sejak 29 November lalu untuk sesi penilaian semula rawatan kimoterapi yang diterima sejak menjalani pembedahan membuang tumor kolon pada September 2021.
Dalam masa sama, pergerakan kanser dalam tubuh Pele dilaporkan semakin ‘marak’ namun beliau tidak ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, doktor juga mengesahkan Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento berdepan dengan masalah jangkitan pernafasan.
Awal bulan ini, anak perempuan Pele, Kely Nascimento dan Flavia Arantes berusaha meyakinkan peminat bapa mereka tentang kesihatannya ketika penyokong menunggu di luar hospital.
Menerusi Instagram, mereka memaklumkan akan meraikan Krismas bersama bapa mereka di hospital.
"Kami memutuskan dengan doktor bahawa atas pelbagai sebab, lebih baik untuk kami tinggal di sini (hospital) dengan semua penjagaan yang diberikan oleh keluarga baru di Einstein kepada kami,” tulis Nascimento dan Arantes.
Populariti Pele meledak sejak memenangi Piala Dunia 1958 ketika berusia 17 tahun, menjaringkan hatrik pada separuh akhir dan dua lagi gol di final sekaligus melonjakkan kerjayanya bersama pasukan kebangsaan Brazil.
Untuk info, Pele berjaya menjaringkan lebih daripada 1,000 gol sepanjang kariernya dan Pele juga satu-satunya pemain dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia (1958, 1962 dan 1970).
Topic Berkaitan
#Brazil
#Pele
#Piala Dunia
#kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan