awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karamjit bawa pulang 12 trofi pada usia 60 tahun

Bernama
Bernama
25/10/2022
20:00 MYT
Karamjit bawa pulang 12 trofi pada usia 60 tahun
'Flying Sikh'mencipta sensasi dengan menggunakan jenama kereta nasional Proton Gen2 berusia 16 tahun, untuk menggondol sebanyak 12 trofi dalam tiga kejohanan disertainya. - Gambar/ FB Manan Supri
SEPANG: Usia bukan penghalang buat legenda rali negara Karamjit Singh untuk sekali lagi melakar sejarah, apabila berjaya merangkul tiga kejuaraan pada pelumbaan di Muara Bungo, Jambi, Indonesia yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.
Pelumba berusia 60 tahun yang dikenali sebagai 'Flying Sikh' itu, mencipta sensasi dengan menggunakan jenama kereta nasional Proton Gen2 berusia 16 tahun, untuk menggondol sebanyak 12 trofi dalam tiga kejohanan disertainya, bersama rakan sepasukan yang juga merupakan jurumudi Jagdev Singh.
Juara Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) 2001, itu berjaya mendominasi APRC 2022 pusingan kelima acara Sprint Rally M3 pada Jumaat, sebelum bergelar johan Kejurnas Rali Indonesia acara 'National Rally', pusingan ketiga dan keempat pada Sabtu dan Ahad.
Mengulas mengenai pencapaiannya, Karamjit berkata meskipun menggunakan jentera usang, ia bukanlah penghalang buatnya untuk terus mengharumkan nama negara, dengan mengatasi kereta lebih canggih bernilai RM1.5 juta.
"Ini memang saya punya minat, walaupun tiada sponsor, guna wang sendiri dan kereta usang, tapi masih boleh tewaskan kereta lebih moden.
"Sukan permotoran memang mahal, tapi dengan usaha dan bantuan daripada pencabar lain dari Indonesia yang bantu saya, saya mampu capai juga kejayaan ini, dan banyak lagi kejayaan saya nak buru," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Karamjit pada masa sama memaklumkan turut menyasarkan untuk menyertai APRC tahun depan dengan menggunakan jentera R5 Proton Iriz.
Beliau sebelum ini telah menyertai Kejuaraan Rali Indonesia dan pusingan keempat APRC2022 di Danau Toba, Indonesia namun tidak berjaya menjuarai mana-mana kategori susulan terdapat kerosakan pada jenteranya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Karamjit Singh
#Flying Sikh
#Kejurnas Rali Indonesia
#jentera usang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan