PELUMBA Malaysia yang meningkat naik, Kasma Daniel Kasmayudin meraih tiket wild card pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2017, yang akan berlangsung akhir bulan ini.
Pelumba berusia 17 tahun itu, yang kini bersaing dalam Kejohanan Moto3 FIM CEV Repsol akan menyertai kategori Moto3 pada perlumbaan di Litar Sepang itu dari 27 hingga 29 Okt.
"Kita baru menerima senarai penyertaan daripada Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) minggu lepas. Sukacita kami mengumumkan dalam senarai itu, nama Kasma Daniel didaftarkan sebagai pelumba wild card untuk MotoGP Malaysia kategori Moto3," kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali.
Beliau berkata dengan penyertaan sebagai pelumba wild card, pelumba pasukan Petronas Yamaha Maju Motor, akan mendapat lebih pendedahan dan menjadi kayu pengukur kepada pelumba Malaysia yang lain dalam kejohanan tempatan untuk bersaing di kejohanan dunia.
"Berdasarkan apa yang saya dengar, Kasma Daniel adalah pelumba hebat dalam Kejohanan Cub Prix dan Kejohanan Road Racing Asia (ARRC). Namun, bila anda mula bersaing dalam kejohanan dunia, ia sama sekali berbeza.
"Ia penanda aras yang baik kepada barisan pelumba tempatan. Hanya kerana mereka bagus pada perlumbaan Cub Prix dan ARRC, ia tidak semestinya mereka juga hebat dalam kategori Moto3 pada perlumbaan kejohanan dunia," katanya.
Kasma Daniel, muncul pelumba termuda merangkul kejuaraan CP130 pada Kejohanan Cub Prix ketika berusia 16 tahun.
Sebelum ini, pelumba paling muda muncul juara dalam kelas perdana pada kejohanan kebangsaan adalah pelumba Moto2 Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah, yang meraih gelaran tersebut ketika berusia 16 tahun pada 2010.
Bakat Kasma Daniel dicungkil Yamaha semasa pelumba muda itu berkecimpung dalam sukan permotoran secara serius, tiga tahun lepas.
Pelumba muda itu dipilih dalam kalangan lima wakil Asia ke tempat asal Valentino Rossi di Tavullia, Itali untuk menyertai program dikenali "The Master Camp" pada Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2017
Kasma Daniel kini bersaing dalam Kejohanan Moto3 FIM CEV Repsol akan menyertai kategori Moto3 pada perlumbaan di Litar Sepang itu dari 27 hingga 29 Okt. - Astro Arena
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
Rasuah: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura kembali ke tanah air
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sudah kembali semula ke tanah air dan turut menyerahkan pasport miliknya.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas
Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas.
MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!
Persediaan lebih awal yang dilakukan, disokong sambutan hangat peminat, menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya.
Pengunjung diminta patuh peraturan keselamatan sepanjang GP Malaysia 2023
Pengunjung perlumbaan GP Malaysia 2023 di SIC yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.