SUKAN
Kayuhan Antarabangsa Selangor 2025 tarik 1,000 peserta
Penganjuran Kayuhan Antarabangsa Selangor 2025 oleh Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang bermula di Galeri Jualan PKNS, Cyber Valley, hari ini, menerima sambutan menggalakkan. - Foto Bernama
CYBERJAYA: Program Kayuhan Antarabangsa 2025 (SIR 2025) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Cyber Valley di sini hari ini, menarik penyertaan 1,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Jerman dan Brazil.
Ringkasan AI
Acara berbasikal edisi ketiga itu menampilkan konsep baharu apabila fellowship ride diperkenalkan berbeza daripada pendekatan perlumbaan dua edisi terdahulu, iaitu pada 2023 dan 2024 bertujuan merapatkan hubungan antara rakan strategik, komuniti setempat serta masyarakat awam.
Pengurus Besar Pembangunan Cyber Valley Mohd Shahrol Md Sharif berkata walaupun SIR 2025 tidak berkonsepkan perlumbaan, ia menjadi platform kepada peserta tempatan dan luar negara untuk menguji kemampuan, menonjolkan bakat serta berkongsi pengalaman berkayuh dengan semua lapisan masyarakat.
"Bermula dari Galeri Jualan PKNS Cyber Valley, acara pelepasan disempurnakan Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang Tengku Datuk Dr Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Al Haj seawal 7.30 pagi melibatkan kategori kayuhan jarak jauh (fellowship ride) 88 kilometer (km) dan kayuhan santai (fun ride) 25 km.
"Kayuhan 88km membawa peserta merentasi kawasan Cyberjaya, Sepang, Kuala Langat dan Dengkil yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas," katanya dalam sidang media SIR 2025 di sini hari ini.
Hadir sama Pengurus Kanan Projek Unit Pembangunan Bernam Jaya merangkap Pengerusi SIR 2025 Mohd Iswardy Mohamad Yunos dan Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran PKNS merangkap Naib Pengerusi SIR 2025 Fadli Mohd Ariff.
Sementara itu, Mohd Iswardy berkata peserta SIR 2025 berusia dari 12 hingga 77 tahun dengan 40 peratus daripadanya antara 35 hingga 45 tahun.
"Insya-Allah kita akan laksanakan program ini secara tahunan kerana secara tidak langsung memperkenalkan komuniti kepada pembangunan bandar PKNS yang ada.
"Kalau ada sokongan berterusan daripada kerajaan negeri, rakan strategik dan penaja, kita akan jadikan acara tahunan selain bercadang memasukkan acara ini dalam kalendar pelancongan Selangor," katanya.
Antara rakan penaja SIR 2025 ialah Worldwide Holdings Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Koperasi PKNS dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd selain agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Polis Diraja Malaysia serta Hospital Cyberjaya.
Selain berbasikal, peserta berpeluang memenangi hadiah eksklusif menerusi cabutan bertuah termasuk hadiah utama motosikal dan mengunjungi reruai jualan makanan di sekitar galeri itu.
SIR 2025 mencerminkan komitmen PKNS yang melangkaui peranan sebagai penganjur dengan tampil sebagai rakan pembangunan yang proaktif dalam memperkasakan masyarakat serta mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pilihan untuk kehidupan, pelaburan, peluang ekonomi dan destinasi pelancongan sukan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Program Kayuhan Antarabangsa 2025 (SIR 2025) anjuran PKNS di Cyber Valley menarik 1,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Jerman dan Brazil.
- Acara berbasikal edisi ketiga menampilkan konsep fellowship ride untuk merapatkan hubungan antara rakan strategik, komuniti setempat dan masyarakat awam.
- SIR 2025, walaupun tidak berkonsepkan perlumbaan, memberi peluang kepada peserta untuk menguji kemampuan, menonjolkan bakat dan berkongsi pengalaman berkayuh dalam suasana yang santai.