awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS akan perkenal Liga eSports, cungkil bakat bertaraf antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2019
10:24 MYT
KBS akan perkenal Liga eSports, cungkil bakat bertaraf antarabangsa
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melihat demonstrasi permainan video Dota 2 ketika hadir di Persidangan Industri Profesional Esports (EPIC) 2019 hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan Liga eSports dalam usaha mencungkil bakat baru yang boleh mewakili Malaysia bagi penganjuran sukan elektronik (eSukan) bertaraf antarabangsa.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pemilihan peserta bagi liga tersebut dijangka bermula pertengahan bulan ini dengan misi mencari pemain terbaik eSukan.
“Itu memang akan ada (Liga eSports) sebab kita memang hendak ada liga dari bawah sampai ke atas supaya kita boleh cungkil bakat. Pada masa sama, kita boleh pasarkan perkembangannya yang saya rasa, pengikutnya sangat besar.
“Sebelum ini, kita memang ada tetapi selalu ‘one-off’, satu pertandingan di peringkat pusat, siapa hendak masuk, semua boleh sertai,” katanya.
Beliau berkata demikian di Persidangan Industri Profesional eSports (EPIC) 2019 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh pada Ahad, yang turut sama Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Howard Lee Chuan How.
Ujarnya lagi, potensi besar yang ada pada eSukan turut menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara, khususnya penglibatan yang menggalakkan dari beberapa pemegang taruh.
Persidangan dua hari yang berlangsung di Ipoh itu menyentuh tiga sub-tema iaitu pembangunan, ekosistem dan ekonomi.
Empat permainan dipertandingkan termasuk konsol komputer Dota 2, Konsol Smartphone Mobile Legends, PUBG Mobile serta konsol Playstation 4 FIFA19 dengan tawaran hadiah keseluruhan berjumlah RM13,000.
Topic Berkaitan
#KBS tubuh Liga eSports
#Kementerian Belia dan Sukan
#Liga E-Sports
#Mobile Legends
#PUBG Mobile
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan