awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS belanja RM3.9j bangunkan sukan lasak tahun ini

Bernama
Bernama
09/12/2012
06:06 MYT
KBS belanja RM3.9j bangunkan sukan lasak tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan hampir RM3.9 juta bagi membangunkan aktiviti sukan lasak di negara ini tahun ini.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Zaidon Asmuni berkata, selain itu kementerian turut menganjurkan kursus kejurulatihan rekreasi luar bagi tahap 1, 2 dan 3 untuk merancakkan lagi aktiviti sukan berkenaan di kalangan rakyat negara ini.
"Kursus yang dijalankan bertujuan melahirkan sumber tenaga mahir untuk keperluan industri rekreasi.
"Sijil yang dikeluarkan kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk persatuan sukan, institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta boleh diterima pakai untuk memohon pekerjaan," katanya dalam ucapan perasmian Program Sport Rec di kawasan Air Terjun Camang, dekat sini, semalam.
Katanya, mereka yang memiliki sijil terbabit boleh memohon kerja di pusat-pusat rekreasi swasta, hotel-hotel, pusat peranginan dan kem latihan khidmat negara.
Turut menghadiri program yang disertai 3,000 peserta itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Dr Mohd Ghani Mohd Yusoff dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bilut, Datuk Hoh Khai Mun.
Topic Berkaitan
#aktiviti lasak
#Datuk Zaidon Asmuni
#Kementerian Belia dan Sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan