KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum menerima sebarang laporan rasmi daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berhubung peletakan jawatan bekas ketua jurulatih negara, Zaki Sadri, hujung bulan lepas.
Menterinya Hannah Yeoh berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai isu berkenaan memandangkan belum lagi menerima maklumat terperinci kemelut terbaharu melanda KOM itu.
"Hal itu mereka kena selesai dulu di peringkat persatuan (KOM) buat masa ini, saya belum dipanggil buat apa-apa lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program KBS x KL Car Free Morning di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Zaki yang juga bekas jaguh lompat kijang negara meletak jawatan susulan kesukaran mendapat kepercayaan daripada pegawai dalam badan induk itu untuk melakukan perubahan dalam skuad olahraga negara.
Dalam pada itu, Hannah berkata program KBS x KL Car Free Morning yang julung kali diadakan dengan jalinan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku penganjur utama acara itu akan berlangsung secara bulanan pada setiap Ahad minggu keempat dengan mengekalkan pengisian aktiviti utama seperti berbasikal, larian dan berjalan kaki.
"Edisi KBS juga akan mengetengahkan aktiviti utama ini dengan pelbagai tema pakaian yang dijangka menjadi tarikan utama pada edisi-edisi akan datang.
"Antara kelainan yang akan ditampilkan dalam edisi KBS nanti ialah kepelbagaian aktiviti sampingan seperti slot mari mencuba sukan-sukan baharu dan sukan teras, aktiviti kecergasan, sukan ekstrem, push bike, penampilan personaliti sukan termasuk atlet-atlet sukan para dan seumpamanya," katanya.
Beliau juga berharap agar model kerjasama KBS dengan DBKL ini akan diperluas sehingga peringkat negeri-negeri lain melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
Zaki sebelum ini dilaporkan meletak jawatan susulan kesukaran mendapat kepercayaan daripada pegawai dalam badan induk itu untuk melakukan perubahan dalam skuad olahraga negara. - Gambar fail
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
KBS komited pembinaan fasiliti Sukma 2028 di Kelantan siap ikut jadual
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk memastikan pembinaan fasiliti sukan sempena penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan siap mengikut jadual.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.