awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
JP Selangor, MDDM, MDPM perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan gelaran kehormat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS jamin teliti kaedah terbaik tangani isu kebajikan atlet

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/12/2022
04:54 MYT
KBS jamin teliti kaedah terbaik tangani isu kebajikan atlet
Kementerian Belia dan Sukan memberi jaminan untuk meneliti kaedah terbaik bagi menyelesaikan segala permasalahan termasuk isu kebajikan atlet. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan untuk meneliti kaedah terbaik bagi menyelesaikan segala permasalahan termasuk isu kebajikan atlet yang disuarakan persatuan sukan dan atlet negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, menerusi sesi dialog awam yang diadakan, pihaknya mengambil kira semua maklum balas dan akan mengadakan pertemuan dengan agensi berkaitan bagi melaksanakan cadangan tersebut pada masa hadapan.
Kata kenyataan itu, lebih 300 atlet dan 100 persatuan sukan berkongsi maklum balas mereka mengenai isu-isu berkaitan sukan melalui beberapa siri dialog awam bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli.
"Antara isu yang dibangkitkan menerusi sesi tersebut adalah mengenai kebajikan atlet khususnya selepas bersara dan selepas kecederaan, akses kepada kemudahan latihan, peluang terhad untuk menyertai pertandingan kompetitif dan keperluan untuk penyelarasan yang lebih baik antara pelbagai kementerian.
"Sesi dialog awam ini diadakan sebanyak empat kali secara tertutup bertujuan untuk membolehkan para peserta meluahkan pendapat mereka secara terbuka," kata kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.
Tambah kenyataan itu lagi, sesi dialog awam diadakan itu melibatkan atlet yang mewakili pelbagai sukan termasuk olahraga, seni mempertahankan diri, bola sepak, renang dan gimnastik sementara persatuan sukan termasuk Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia, Persatuan Sukan Terjun Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Hannah Yeoh
#Adam Adli
#kebajikan atlet
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan