awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kampung Angkat MADANI: Empat projek fizikal bernilai RM663,000 di Kampung Sembulan siap
Risiko iklim kian meruncing, Majlis Pengurusan Bencana Negara perlu ditubuhkan - Lee Lam Thye
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS lancar kempen Team MAS sempena Olimpik Paris 2024

Bernama
Bernama
06/06/2024
07:45 MYT
KBS lancar kempen Team MAS sempena Olimpik Paris 2024
Atlet-atlet yang mewakili negara ke sukan olimpik dan paralimpik pada Majlis Pelancaran Team MAS 50 Hari Menjelang Sukan Olimpik 2024 di Majlis Sukan Negara Malaysia hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirai kira-kira 50 hari lagi kian dirasai selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan kempen Team MAS dalam usaha mewujudkan gerakan nasional menyokong atlet negara yang bertanding.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata inisiatif diketengahkan KBS itu diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat atlet negara yang telah layak sekali gus lebih berkeyakinan berjuang di bumi Paris selain membawa pulang pingat emas pertama negara.
"Persiapan atlet semuanya sudah terurus. Mulai sekarang kita sudah memasuki kiraan detik 50 hari, jadi kita harap atlet akan terus mempunyai semangat yang kuat untuk menghadapi lawan mereka di Paris nanti.
"'Kita Semua Team MAS' bukan hanya mengenai Sukan Olimpik sahaja. Setiap kali atlet keluar negara mewakili Malaysia mereka membawa sekali tema itu. Sukan adalah penggerak penyatuan perpaduan di Malaysia dan ini satu panggilan untuk kita semua bersama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Team MAS bersempena Sukan Olimpik Paris 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Seramai 33 atlet sudah melayakkan diri ke Paris 2024 membabitkan 18 atlet ke Sukan Olimpik bermula 26 Julai hingga 11 Ogos manakala 15 lagi ke Paralimpik yang dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept ini.
Semalam, lima atlet para badminton iaitu Cheah Liek Hou, Muhammad Fareez Anuar, Mhd Amin Burhanuddin, Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan melengkapi senarai atlet para yang layak ke temasya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Team MAS
#menyokong atlet negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan