awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai

Bernama
Bernama
01/06/2024
02:40 MYT
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
Hannah merasmikan kejohanan MIMAC 2024 di Taiping malam tadi. - Facebook Wong Kah Woh
TAIPING: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan peruntukan RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai di bawah Geran Padanan Sukan (GPS) tahun ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) yang sedang berlangsung di Dataran Warisan di sini, bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada kementerian itu.
"Peruntukan khas sebanyak RM20,000 juga akan diberikan kepada Persatuan Tomoi Negeri Perak.
"Diharapkan pihak kelab akan kerja kuat dalam memastikan anak muda ada platform sukan seperti ini," katanya dalam ucapan perasmian kejohanan MIMAC 2024 di sini malam tadi.
Beliau berkata kejohanan anjuran persatuan itu yang julung kali diadakan melibatkan 12 negara termasuk Thailand, Vietnam, Kemboja, Iran, Laos dan Afghanistan.
Hannah berkata kejohanan itu bukan sahaja mencerminkan semangat juang tinggi dalam sukan Muay Thai tetapi juga memupuk perpaduan dan persahabatan di peringkat antarabangsa.
"Saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada penganjur kejohanan Persatuan Tomoi Perak atas usaha gigih mereka dalam menganjurkan MIMAC," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak Mohd Ezry Azamin ketika ditemui berkata peruntukan diterima akan digunakan bagi membantu kelab dan persatuan sukan itu di seluruh Perak yang mempunyai sekitar 1,000 anggota setakat ini.
Ditanya mengenai perlawanan hari pertama, beliau berkata prestasi pasukan Malaysia memberangsangkan apabila berjaya memperoleh tiga pingat dan telah mencapai 70 peratus sasaran untuk mendapatkan enam tali pinggang.
Kejohanan MIMAC mempertandingkan tiga kategori iaitu Super Kid (9-11 tahun), Remaja (12-16 tahun) dan Terbuka 16 hingga 21 tahun bagi peringkat profesional dengan 12 tali pinggang menjadi rebutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#Kementerian Belia dan Sukan
#Geran Padanan Sukan
#Muay Thai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan