awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa

Bernama
Bernama
26/09/2024
21:00 MYT
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
Hannah Yeoh bergambar bersama skuad boling kebangsaan yang pulang dari Kejuaraan Asia ke-27 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada Khamis. - Gambar Bernama
SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menggandakan usaha menghantar atlet pelapis ke kejohanan antarabangsa dengan harapan mereka akan mendapat pendedahan dan pengalaman yang sangat diperlukan, kata Menterinya, Hannah Yeoh.
Oleh itu, katanya, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur dalam bidang tersebut.
Beliau berkata, ada sebilangan atlet terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri untuk bertanding dalam kejohanan di luar negara semata-mata untuk mendapatkan pendedahan supaya mampu bersaing dengan lebih baik ketika menggalas cabaran negara di persada antarabangsa
Hannah berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kepulangan skuad tenpin boling negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis selepas mencipta kemenangan bersejarah pada Kejohanan Asia ke-27 (ATBC) di Bangkok, Thailand.
Beliau turut turut mengucapkan tahniah kepada skuad negara atas kemenangan bergaya di ATBC dengan membawa pulang lapan pingat emas, lima perak dan empat gangsa pada kejohanan tersebut.
Hannah berkata, Majlis Sukan Negara telah memperuntukkan sejumlah RM457,700 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada para atlet yang berjaya.
Beliau berkata, setiap atlet akan menerima jumlah yang berbeza dengan penerima terbesar ialah Muhammad Rafiq Ismail, diikuti oleh Si Li Jane yang masing-masing berjaya meraih empat dan tiga pingat emas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet pelapis
#kejohanan antarabangsa
#KBS
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan