SUKAN
KBS salur hampir RM2 juta sokong karier Hakim Danish
Hakim Danish disifatkan mempunyai potensi besar apabila bakal beraksi di kelas Moto3, Kejuaraan Motosikal Dunia musim depan. - Gambar/ IG hakimdanish_13
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan hampir RM2 juta tahun ini bagi menyokong perjalanan karier pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli.
Ringkasan AI
Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata jumlah keseluruhan dana diperlukan pelumba berusia 18 tahun itu dianggarkan mencecah RM4 juta untuk bersaing dalam saingan Moto3 musim depan.
"Untuk tahun ini sahaja hampir RM2 juta sudah disalurkan. Bagaimanapun, kerajaan mempunyai keterbatasan kerana sukan permotoran sememangnya amat mahal," katanya pada pelancaran Eco Lifestyle MedHealth di sini, hari ini.
Beliau berkata, KBS turut memohon dana tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi menyokong masa depan Hakim Danish yang berasal dari Terengganu serta beberapa atlet lain.
Selain itu, KBS juga bekerjasama dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bagi meneliti langkah lain termasuk menarik minat penaja korporat.
"Kita galakkan pihak luar terutama syarikat korporat yang berkemampuan supaya tampil membantu. Hakim Danish juga faham dana kerajaan tidak dapat menampung sepenuhnya," katanya.
Adam Adli optimis Hakim Danish mempunyai potensi besar apabila bakal beraksi di kelas Moto3, Kejuaraan Motosikal Dunia musim depan.
"Dengan usia muda, pengalaman luas dan kejuaraan yang pernah diraih, beliau adalah pelaburan masa depan yang baik. KBS akan terus memberi sokongan sebaik mungkin," katanya.
Semalam, Sepang International Circuit (SIC) mengesahkan Hakim Danish akan membuat penampilan sulung pada Grand Prix Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 24 hingga 26 Okt ini menerusi slot wildcard.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan hampir RM2 juta tahun ini bagi menyokong pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, yang memerlukan anggaran RM4 juta untuk bersaing dalam saingan Moto3 musim depan.
- KBS turut memohon dana tambahan daripada Kementerian Kewangan dan bekerjasama dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) untuk menarik penaja korporat, memandangkan kos tinggi dalam sukan permotoran tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh kerajaan.
- Hakim Danish, yang berasal dari Terengganu, akan membuat penampilan sulung pada Grand Prix Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang melalui slot wildcard, dan disifatkan sebagai pelaburan masa depan yang baik oleh Timbalan Menteri Adam Adli.