SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia berbincang dengan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (Sukma) yang akan dianjurkan negeri itu pada 2028.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ketika ini, tumpuan diberikan kepada Sukma Sarawak yang akan diadakan tahun depan, serta usaha pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada atlet dalam Program Podium pada Januari.
"Saya percaya Kelantan ada pemikiran mereka tetapi Kerajaan Persekutuan kita juga ada pemikiran kita sendiri. Jadi isu ini dibangkitkan bukan dalam mesyuarat kita, isu ini dibangkitkan dalam (persidangan) DUN (Dewan Undangan Negeri) mereka.
"Kita masih belum terima apa-apa lagi daripada exco negeri Kelantan dan mereka baharu dapat seorang exco baharu, jadi kita tunggu mesyuarat nanti," katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin di sini hari ini.
Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Zamakhshari Muhamad berkata Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan KBS serta MSN berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukma 2028.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Rodzi Ja'afar (Pas- Gaal) yang mahu tahu adakah kerajaan boleh memastikan atlet dari negeri lain yang menyertai temasya sukan kebangsaan itu patuh syariah pada persidangan DUN Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Hannah berkata, buat masa ini KBS belum menerima permohonan untuk mengadakan perbincangan berkaitan panduan pakaian sukan patuh syariah di Sukma 2028. - Gambar fail
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.