SUKAN
KBS sedia salur bantuan kepada Zii Jia
Hannah Yeoh ketika ditemui pengamal media selepas Pengumuman Penajaan Rasmi Kerjasama Skechers bersama Team Malaysia bagi Sukan SEA ke-33 Thailand di The Exchange, TRX, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia menyalurkan bantuan kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia selepas pemain itu membuat keputusan mengakhiri musim 2025 lebih awal berikutan dibelenggu kecederaan buku lali dan sakit belakang.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasama dalam memastikan hasrat atlet kelahiran Kedah itu untuk kembali beraksi di gelanggang dengan keadaan lebih baik tercapai.
"Untuk ISN (Institut Sukan Negara), kami sentiasa bersedia membantu Zii Jia jika beliau memerlukan apa-apa bantuan. Beliau boleh menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dr P. Vellapandian pada bila-bila masa dan kami akan membantu Zii Jia.
"Kita hendak pastikan Zii Jia ambil masa cuti ini untuk mencari ketenangan dan kembali tahun depan dengan semangat yang baharu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pengumuman penajaan Skechers bersama atlet negara ke Sukan SEA 2025 Thailand, di sini semalam.
Pada Selasa, pemain berusia 27 tahun itu dalam satu kenyataan memaklumkan mahu memberi fokus kepada proses pemulihan dan persediaan bagi menghadapi kejohanan pada tahun depan.
Hannah dalam masa sama memahami kecederaan dialami pemain itu sehingga menyebabkan Zii Jia terlepas kejohanan yang sepatutnya disertai pada tahun ini.
"Sangat penting untuk beliau kembali segar untuk (kejohanan) tahun depan. Kita tahu jadual badminton sangat-sangat padat," katanya.
-- BERNAMA