awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS tawar peruntukan naik taraf rumput padang bola sepak di setiap negeri

Bernama
Bernama
07/03/2023
12:54 MYT
KBS tawar peruntukan naik taraf rumput padang bola sepak di setiap negeri
Yeoh berkata penyelenggaraan tahunan padang berkenaan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing sekiranya mereka memilih untuk menerima tawaran itu. - Gambar fail
PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang yang terpilih.
Menterinya Hannah Yeoh berkata tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan kini pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka akan disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.
Beliau berkata setiap negeri perlu memilih satu stadium bagi projek menaik taraf padang itu dan menjalankan penyelenggaraan awal sebelum pihaknya meluluskan peruntukan tersebut.
"Mereka perlu selenggara padang yang dipilih itu dulu untuk pastikan saliran air semua okay, selepas itu dibaiki, baru KBS beri peruntukan tanam rumput," katanya kepada pemberita ketika melawat sesi latihan terakhir skuad Malayan Tigress di Padang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini hari ini.
Bagaimanapun, Yeoh berkata penyelenggaraan tahunan padang berkenaan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing sekiranya mereka memilih untuk menerima tawaran itu.
"Bukan semua negeri nak rumput ini dan bukan semua negeri mampu untuk selenggara, sebab itu kita tunggu maklum balas," katanya.
Sementara itu, Yeoh berkata KBS akan terus menyokong pembangunan akar umbi bola sepak wanita dari segi infrastruktur dan peruntukan untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Yang paling penting, mereka mesti diberi peluang untuk menonjolkan prestasi dan kemahiran masing-masing supaya bola sepak dan pasukan wanita sinonim, tidak rasa ganjil, stereotaip itu yang perlu dibuang.
"Sempena Hari Wanita esok, simbolik saya datang (hari ini) untuk memaklumkan kepada semua wanita di Malaysia (bahawa) wanita dalam sukan mesti diberi peluang semuanya untuk mereka mencari bakat dan berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#peruntukan melalui dana geran padanan
#menaik taraf padang bola sepak
#padang FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan