PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau kemajuan projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah bermula pertengahan bulan ini di Presint 5, di sini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata jawatankuasa yang turut dianggotai wakil dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi itu adalah bagi memastikan projek tersebut siap mengikut tempoh masa disasarkan iaitu Fasa 1 pada Disember 2026 manakala Fasa 2 pula pada Disember 2027.
"Sebelum 2022, projek ini tidak dapat dijalankan susulan isu tanah dan dana namun dengan adanya jawatankuasa pemantauan ini mereka akan pastikan projek terlaksana," katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah NTC FAM di sini, hari ini.
Mengikut perancangan asal, projek NTC FAM yang diumum pada 2019 itu pada asalnya dijadual mula dibina pada 2021.
Terdahulu, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata projek tersebut yang menelan belanja keseluruhan RM69 juta merangkumi pembinaan dua fasa dengan Fasa 1 dibiayai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa berjumlah AS$5.2 juta (kira-kira RM24 juta) manakala Fasa 2 menggunakan peruntukan RM45 juta daripada kerajaan menerusi KBS.
Fasa 1 projek NTC yang dilaksanakan oleh syarikat tempatan RS Green Master (M) Sdn Bhd merangkumi pembinaan tiga padang bola sepak dengan jenis rumput berbeza iaitu rumput asli (Bermuda), hibrid dan tiruan serta dilengkapi lampu limpah sepenuhnya dan sistem saliran berkualiti, landskap dan pagar setinggi enam meter di sekeliling kawasan padang.
Fasa 2 pula akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan tender dijangka dibuka pada September 2024 membabitkan pembinaan sebuah bangunan seluas 1,682.8 meter persegi merangkumi gimnasium, ruang serba guna, bilik persalinan pemain, ruang rehabilitasi dan surau, selain pembinaan bumbung bagi padang rumput tiruan yang dibina pada Fasa 1.
Projek NTC FAM bakal menjadi sebahagian daripada bandar bola sepak di Presint 5 yang turut dilengkapi ibu pejabat FAM dan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) serta sebuah stadium mini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (tiga, kiri) bergambar pada Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5 hari ini.- Foto Bernama
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia akan anjur pertandingan TVET - Hannah
KBS telah mengusulkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia telah dipersetujui.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.
Kampung Long Latei, Kampung Long Suling dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI - KBS
Kementerian Belia dan Sukan memilih Kampung Long Latei dan Kampung Long Suling di Miri, Sarawak sebagai Kampung Angkat MADANI.