SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan syarat permohonan dana geran padanan kepada penggiat industri sukan dalam masa terdekat.
Menterinya Hannah Yeoh berkata pihaknya akan memastikan geran padanan diberikan Kementerian Kewangan sebanyak RM40 juta tahun ini mampu diselaraskan dengan sebaiknya dalam usaha meningkatkan prestasi atlet negara.
"Objektif utama geran padanan diberikan kepada KBS ialah kita mahu membantu prestasi atlet dengan menyertai banyak lagi kejohanan supaya mereka boleh menilai prestasi semasa.
"Oleh itu, KBS akan umum syarat-syarat permohonan dalam masa terdekat kerana kita (KBS) baru selesaikan syarat dikehendaki...nanti semua pihak termasuk persatuan sukan kebangsaan dan syarikat yang menganjurkan program sukan boleh memohon," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penutupan Kejohanan Dodgeball Jemputan Asia Pasifik (API) di Kompleks Sukan Shah Alam (Stadium Panasonic) di sini pada Ahad.
Kejohanan julung kali diadakan di Malaysia bermula Khamis lepas (25 Mei) itu menghimpunkan 140 kelab dari 20 negara, dengan kelab dari Malaysia merangkul ketiga-tiga kedudukan teratas bagi kategori lelaki iaitu kumpulan GOAT, Saints dan Blitz.
Sementara bagi kategori wanita dimenangi oleh Elites yang mewakili Singapura diikuti wakil Malaysia Valkyries 1 (tempat kedua) dan Anak Melaya ketiga.
Sementara itu, Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) Datuk N. Radhakrishnan berpuas hati apabila penganjuran API yang diadakan buat pertama kali di Malaysia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan berkenaan.
"Kita ada 500 perlawanan pada empat hari kejohanan (25-28 Mei) dan semua pasukan dari luar sangat gembira dan menyatakan bahawa mereka akan menyertai kejohanan ini lagi jika kita (MAD) anjurkan. Pada saya, kejayaan terbesar adalah pasukan lelaki (Malaysia) meraih kejayaan besar pada kejohanan kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (belakang, empat kiri) bergambar bersama pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori wanita 'Tri-Series' pada Majlis Penutupan Kejohanan Dodgeball Jemputan Asia Pasifik (API). - Foto BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."