KEDAH Darul Aman (KDA) FC dengan berat hati terpaksa melepaskan penyerang importnya, William Lira Sousa selepas beberapa perbincangan mendalam dilakukan di antara kedua pihak.
Kelab tersebut dalam kenyataannya berkata, mereka menghormati keputusan pemain Brazil itu untuk membawa haluan berbeza dalam tempoh pertengahan Liga Super 2023 ketika nisbah jaringannya cukup baik dalam setiap perlawanan.
Menurutnya, walaupun penampilannya di awal musim menerima pelbagai reaksi kurang senang, namun dia bangkit membuktikan ketajaman di depan gawang lawan dengan membantu Sang Kenari mencipta kemenangan.
"Lira Sousa merupakan penjaring terbanyak Sang Kenari dalam kancah Liga Super setakat 14 perlawanan dengan 8 gol.
"Ketahanan fizikal, sentiasa bersedia beraksi dalam setiap perlawanan menterjemahkan sikap profesionalnya di dalam dan luar padang. Kemana sahaja anda selepas ini, ingatlah anda selamanya Sang Kenari," katanya pada Jumaat.
Dikhabarkan Lira Sousa bakal membawa haluan bersama kelab lain di Thailand namun tiada sebarang pengesahan berhubung perkara itu setakat ini.
Bagi pengganti Lira di Darul Aman pula, KDA FC juga masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara tersebut biarpun mengakui tiga pemain baharu sedang berada di dalam radar mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 16 2023
Difahamkan, Lira Sousa bakal membawa haluan bersama kelab lain di Thailand namun tiada sebarang pengesahan berhubung perkara itu setakat ini. - Gambar fail
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Liga Super: KL City tewaskan Kelantan United 3-0
Anak buah kendalian Nenad Bacina yang dilihat mendominasi perlawanan memecah kebuntuan pada minit ke-21 hasil penyudah Matko Zirdum.
JDT terus di puncak liga, Kedah kutip tiga mata di laman sendiri
JDT terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super 2023 selepas membelasah Kelantan FC 5-0 di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.
KDA FC, Lira Sousa capai persetujuan berpisah
KDA FC dengan berat hati terpaksa melepaskan penyerang importnya, William Lira Sousa selepas beberapa perbincangan mendalam dilakukan di antara kedua pihak.
Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.