KUALA LUMPUR: Sukan permotoran sememangnya tinggi dengan risiko kemalangan jiwa dan kecederaan serius, namun ia bukan penghalang buat pelumba cilik Qabil Irfan Azlan, yang mahu mencipta nama selaku jaguh dalam sukan itu.
Walaupun pernah terjatuh dan mengalami kecederaan beberapa kali, pelumba 11 tahun itu tetap berani mengharungi adrenalina dan keterujaan menunggang motosikal dengan laju.
"Saya pernah jatuh banyak kali, paling teruk ketika Siri MiniGP Malaysia Series di Litar Tangkak tahun lepas, apabila mengalami kecederaan dan bengkak," katanya yang sudah mula berlumba seawal usia empat tahun menggunakan pocket bike.
"Tetapi saya tidak trauma, dan kesakitan itu hanya sekejap sahaja. Bila dapat berlumba kembali, ia (kesakitan) dah tak rasa," kata pelumba dengan ketinggian 142cm itu ketika temu bual bersama Bernama semalam.
Qabil merupakan antara lima pelumba remaja yang akan mewakili negara pada Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol, bermula 21 hingga 23 Nov ini.
Siri dunia itu turut disertai oleh Muhammad Farish Hafiy, 15, yang akan menyertai Asia Talent Cup (ATC) 2023 Jumaat ini, bersama Farres Putra, 15, dan Emil Idhzar Ezuan, 16, bagi kategori 190cc, manakala Muhammad Airel Marzuki, 11, pula akan bersaing untuk kategori 160cc bersama Qabil.
Qabil, yang bakal beraksi buat kali kedua di Siri Dunia selepas meraih tempat keempat keseluruhan tahun lepas, berasa teruja untuk kembali bersaing bersama pelumba dari negara-negara lain terutamanya Eropah dan yakin boleh mengekalkan momentum lebih baik daripada tahun lepas.
Sementara itu, bekas pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin selaku jurulatih kepada bakat-bakat muda itu, berharap agar semua lima peserta pada kali ini dapat mempamerkan prestasi terbaik dan kedudukan podium sekiranya semua berjalan lancar.
"Saya harap semua pelumba dapat bagi saingan di kelompok hadapan dan memberi saingan untuk mendapatkan podium di salah satu perlumbaan, sama ada perlumbaan 1, 2 ataupun super final nanti," katanya.
Zulfahmi berkata pihaknya juga tidak mahu meletakkan suatu sasaran yang sangat tinggi sehingga menyebabkan para pelumba rasa tekanan, sambil berkata kesemua mereka telah dipilih berdasarkan prestasi yang ditunjukkan pada lima pusingan MiniGP Malaysia anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).
Siri Dunia MiniGP 2023 akan disertai pelumba motosikal dari yang beraksi cemerlang dalam 17 siri di negara masing-masing, yang terdiri daripada siri Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Malaysia, Portugal, Qatar, Sepanyol, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Alpe Adria.
Siri Dunia MiniGP merupakan perlumbaan yang diperkenalkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) pada 2021 sebagai langkah pertama dalam Road to MotoGP. Ia merangkumi dua kelas perlumbaan, iaitu 160cc untuk pelumba berusia 10-14 tahun dan 190cc untuk pelumba 12-16 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Qabil (kiri) dan Zulfahmi ketika ditemu bual Bernama semalam. - Foto BERNAMA
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 29 April 2025
Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lebih lima bulan berbanding dolar Amerika Syarikat.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat Selasa? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat Selasa? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Kad Nusuk dilengkapi kod QR elak pemalsuan - Mohd Na'im
Kad Nusuk kini dilengkapi dengan kod QR bagi mengelakkan sebarang cubaan pemalsuan terhadap kad pengenalan rasmi jemaah haji.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 29 April 2025
Bursa Malaysia naik hari keempat berturut-turut, indeks komposit ditutup pada paras tertinggi harian.
Bagaimana prestasi dagangan FBM
Bagaimana prestasi dagangan FBM
Jiwa SME: Kerjasama Petronas Lubricants dan Glide Technology untuk menyokong pertumbuhan tenaga Malaysia
Petronas Lubricants International (PLI) dan Glide Technology Sdn Bhd (Glide) bekerjasama dalam pengedaran minyak penebat premium Petronas Tranol Glide untuk meningkatkan prestasi sistem tenaga negara.

Bakar rumah selepas ibu enggan beri wang beli dadah
Suspek kini telah ditahan dan akan berdepan pertuduhan melakukan perbuatan khianat.

Hetty Koes Endang nyanyi percuma, kementerian jimat RM100,000 - Mat Sabu
Mat Sabu memuji kebaikan Hetty yang sanggup menghiburkan tetamu majlis berkenaan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Genap sebulan gempa landa Myanmar, ribuan masih tidur di khemah
Ribuan mangsa masih berlindung di khemah sementara di beberapa lokasi di negara itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Amirul Aiman
1. Model baharu penajaan JPA diperkenal
2. SMK Tinggi Setapak terbakar, pelajar selamat
3. Gangguan elektrik mega landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar
1. Model baharu penajaan JPA diperkenal
2. SMK Tinggi Setapak terbakar, pelajar selamat
3. Gangguan elektrik mega landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar

Bekalan elektrik di Sepanyol, Portugal mula pulih
Kejadian ini menjadi peringatan tentang betapa pentingnya kestabilan sistem tenaga dalam kehidupan seharian.

Putera William, Kate kembali ke Scotland rai ulang tahun perkahwinan
Pasangan diraja ini memilih untuk melawat Kepulauan Mull dan Iona, kawasan yang penuh dengan keindahan semula jadi.

ESBK Talent: Qabil raih gelaran berganda di Litar Jerez
Sebelum tiba di garisan penamat, Qabil disaing sengit pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

ESBK: Aura Hari Kebangsaan bantu Qabil Irfan raih podium di Sepanyol
Aura Hari Merdeka seakan-akan merasuk pelumba muda itu yang bermula baik dengan mengekalkan jarak di antara kedudukan lima terbaik sepanjang awal perlumbaan.

Qabil Irfan berlumba di ESBK kategori Moto4 musim 2024
Qabil Irfan Azlan bakal berlumba dalam Kejuaraan Spanish Superbike (ESBK) bagi Kategori Moto4 bersama pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing untuk musim penuh 2024.

Kerajaan Terengganu sedia insentif khas untuk pelumba cilik negara
Insentif dalam bentuk wang tunai itu akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu depan.

Qabil Irfan cipta kejutan di Valencia, juarai MiniGP 2023
Pelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan mencipta sensasi tersendiri selepas merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol hari ini.

Kecederaan ketika berlumba bukan penghalang untuk Qabil cipta kemenangan
Walaupun pernah terjatuh dan cedera, pelumba 11 tahun itu tetap berani mengharungi keterujaan menunggang motosikal dengan laju.