awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecederaan Richarlison tambah masalah Everton

Astro Arena
Astro Arena
15/12/2021
01:37 MYT
Kecederaan Richarlison tambah masalah Everton
Everton kini mengesahkan Richarlison (kiri) terpaksa direhatkan susulan kecederaan yang dialaminya. - Gambar fail/Astro ARENA
PENGENDALI Everton, Rafael Benitez, menerima tamparan hebat selepas penyerang, Richarlison diketepikan selama beberapa minggu kerana mengalami kecederaan betis.
Pemain kebangsaan Brazil itu digantikan selepas 58 minit dalam kekalahan 3-1 kepada Crystal Palace Ahad lalu, dengan Benitez mempertahankan keputusannya dengan menegaskan pemainnya mengalami kecederaan.
Kini Everton telah mengesahkan Richarlison yang berusia 24 tahun itu terpaksa direhatkan, masalah kini menggunung buat mereka yang beraksi tanpa khidmat penyerang England, Dominic Calvert-Lewin, ekoran kecederaan paha.
Calvert-Lewin telah tidak beraksi sejak Ogos, dengan Everton berharap tempoh Richarlison diketepikan daripada pasukan tidak begitu lama.
Kelab menyatakan Richarlison 'dijangka akan diketepikan selama beberapa minggu', menyatakan bekas pemain Watford itu menjalani imbasan yang mendedahkan kecederaan di bahagian otot.
Richarlison, gandingan Neymar bersama skuad Brazil, telah meledak tiga gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua assist daripada 11 penampilan musim ini.
Dia telah dinafikan dua gol ketika kemenangan 2-1 ke atas Arsenal sebelum mendapatkan jaringan penyamaan.
Topic Berkaitan
#Everton
#rafael benitez
#Richarlison cedera
#diketepikan beberapa minggu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan