SPORTS
Kecederaan tidak halang Jun Hao beraksi di Malaysia Masters

Jun Hao akan menentang Nhat Nguyen dari Ireland di pusingan pertama dan menyifatkan ia sebagai peluang untuk mara, namun tetap berhati-hati. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao tetap akan menyertai Kejohanan Master Malaysia 2025 meskipun kecederaan yang dialami di tangan kanan belum pulih sepenuhnya.
Ringkasan AI
- Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tangan kanan, Leong Jun Hao tetap akan beraksi dalam Kejohanan Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena.
- Kecederaan dialami semasa Piala Sudirman di China pada April lalu menyebabkan beliau menarik diri daripada Terbuka Thailand baru-baru ini.
- Jun Hao akan menentang Nhat Nguyen dari Ireland di pusingan pertama dan menyifatkan ia sebagai peluang untuk mara, namun tetap berhati-hati dan membuat persiapan rapi.
"Saya masih bermain dengan hati-hati, tapi saya main masih belum capai intensiti sepenuhnya," katanya selepas sesi uji gelanggang bagi perlawanan Malaysia Masters di Axiata Arena di sini hari ini.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu sebelum ini mengalami kecederaan ketika membawa cabaran negara di Piala Sudirman di China pada April lepas.
Susulan kecederaan itu, beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Thailand yang berlangsung sejak minggu lepas.
Mengulas mengenai pencabarnya di pusingan pertama Malaysia Masters iaitu Nhat Nguyen dari Irelend, Jun Hao menyifatkan ia sebagai satu peluang untuk mara ke pusingan kedua.
"Tapi tak boleh ambil mudah tapi saya sudah membuat persiapan terbaik untuk menentang beliau," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami