awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
[KOLUMNIS] Universiti tidak jamin pekerjaan tetapi bina keupayaan jangka panjang mahasiswa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah atasi Perak di Ipoh, sahkan tiket ke Piala AFC 2021

Bernama
Bernama
11/10/2020
16:14 MYT
Kedah atasi Perak di Ipoh, sahkan tiket ke Piala AFC 2021
Kedah dahulu membuka jaringan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-28 sebelum Mohd Fadzrul Danel Mohd Niza menambah jaringan. -Bernama
KUALA LUMPUR:Jaringan Renan Alves membantu Kedah melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Perak malam ini sekali gus muncul naib juara Liga Super dan mengesahkan slot ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021.
Ia merupakan kejayaan membanggakan selepas Kedah bangkit merekodkan lima kemenangan dalam enam aksi terdahulu untuk mencipta kejutan muncul naib juara setelah berada di kedudukan ketujuh liga ketika saingan ditangguhkan Mac lepas susulan penularan pandemik COVID-19.
Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, malam ini, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-28 sebelum Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam meletakkan Kedah selesa mendahului 2-0 tiga minit kemudian.
Bagaimanapun, Perak berjaya bangkit meledak dua gol pada penghujung babak pertama selepas Leandro Dos Santos tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42 sebelum menanduk masuk jaringan penyamaan pada masa kecederaan.
Gol kemenangan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak hadir pada separuh masa kedua menerusi tandukan Alves yang bijak mencari ruang untuk memanfaatkan sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar sekali gus memastikan tiket Asia milik Kedah.
Kekalahan Perak di laman sendiri itu menyaksikan kedudukan tempat ketiga skuad The Bos Gaurus berjaya dipintas Terengganu FC (TFC) yang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kejayaan tipis menundukkan Pahang 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
Pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim meletakkan Pahang di hadapan menerusi rembatan cantik dari luar kawasan kotak penalti pada minit ke-12, namun empat minit berselang TFC menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Dominique Da Sylva.
Kapten pasukan, Lee Tuck muncul wira skuad Penyu apabila mudah menolak masuk hantaran lintang rakan sepasukan pada minit ke-82 sekali gus menyaksikan TFC menutup tirai musim ini dengan enam kemenangan daripada keseluruhan 11 aksi dengan mengumpul 19 mata.
Dalam pada itu, aksi tertunda Sabah menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang belum dimuktamadkan akan menjadi aksi penutup saingan Liga Super musim ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kedah atasi perak
#Liga Super
#piala afc
#kedah layak
#Renan Alves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan