SUKAN

Kedah juara Piala Malaysia, penyokong bangga dalam sebak

Madiha Abdullah 31/10/2016 | 02:34 MYT
Lang Merah berhak di atas kejayaan itu berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang musim 2016.
PASUKAN Kedah menjulang trofi berprestij Piala Malaysia dalam satu perlawanan penuh dramatik yang berlangsung lebih 120 minit pada Ahad.
Hakikatnya, Lang Merah berhak di atas kejayaan itu berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang musim 2016.
Kali terakhir mereka memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 2008.
Peningkatan yang dipamerkan Kedah bukan dibina sehari dua, sebaliknya pasukan yang pernah melalui zaman suram tersingkir ke Liga Perdana selama tiga musim itu mendaki tangga kejayaan satu demi satu.
BACA: Misi bawa trofi Piala Malaysia ke bumi Kedah terlaksana
BACA: Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016
Bermula tahun 2014, langkah mereka di Piala Malaysia tersekat di separuh akhir. Tahun lalu, mereka 'underdog' yang terpaksa akur dengan kehebatan Selangor.
Namun tahun ini, skrip berbeza apabila Piala Malaysia akan diarak pulang ke Alor Setar dengan megah.
Justeru, tidak hairanlah kejayaan ini diraikan dengan penuh kebanggaan oleh seluruh rakyat negeri Kedah.
Majoriti menyifatkan segala penat-lelah dan suka duka yang dilalui mereka dan pasukan kesayangan mereka selama ini berbaloi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Antara nama yang kerap disebut adalah jurulatih Tan Cheng Hoe, atas jasanya membawa Kedah kembali ke landasan yang sepatutnya.
Biarpun kerap dikritik ketika di peringkat awal memulakan tugas, namun bekas pemain Kedah itu tidak tergugat sebaliknya kekal fokus dengan tanggungjawabnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedah menewaskan Selangor 6-5 menerusi sepakan penalti, untuk dinobatkan juara edisi ke 90.
#Kedah #Piala Malaysia #Selangor