[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016

Bernama 30/10/2016 | 16:16 MYT
Pemain Selangor Ugochukwu Ukah (kanan) menanduk bola ke gawang gol Kedah pada Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam malam ini. -- fotoBERNAMA
Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam ini.
Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan.
Penjaring Kedah pada minit ke-51 ialah Mohd Rizal Mohd Ghazali sementara penjaring Selangor pada minit ke-59 Ahmad Hazwan Bakri.
#Kedah #Piala Malaysia #Selangor