SPORTS
Kedah, Perak gagal dapat lesen, tersingkir daripada Liga Super
Menurut Sheikh Mohd Nasir, KDA FC dan Perak FC gagal memenuhi kriteria kewangan seperti ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan MFL Edisi 2024-2025. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Perak FC tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan selepas gagal memperoleh lesen kebangsaan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Pengerusi Badan Bebas First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab MFL Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata kegagalan dua pasukan itu memenuhi kriteria kewangan seperti ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan MFL Edisi 2024-2025 (MFL CLR) menjadi punca utama lesen kebangsaan mereka ditolak.
"Lapan pasukan Liga Super berjaya memperoleh lesen kebangsaan untuk musim 2025-2026 iaitu Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC," katanya dalam kenyataan, semalam.
Dua pasukan Liga Bola Sepak Amatur (AFL A1), iaitu Melaka FC dan Imigresen FC, turut menerima lesen kebangsaan selepas permohonan mereka di bawah Artikel 15 melalui Lesen Kebangsaan Luar Biasa diluluskan FIB untuk saingan Liga Super musim depan.
Dalam pada itu, Sheikh Mohd Nasir berkata tiga kelab lain - Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC - diberikan lesen kebangsaan bersyarat selaras dengan Artikel 8(l) MFL CLR.
"Kelab terbabit perlu mengemukakan maklumat kewangan tambahan bagi memenuhi Kriteria Kewangan selewat-lewatnya pada 31 Mei ini.
"Kegagalan mematuhi syarat ditetapkan boleh menyebabkan lesen kebangsaan mereka ditarik balik oleh FIB," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini