SUKAN
Kegagalan di Las Vegas burukkan lagi 'musim paling teruk' Hamilton
Kempen debut Hamilton bersama Ferrari terus suram di Las Vegas selepas beliau sekadar menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-20. - AP
LAS VEGAS : Lewis Hamilton berkata beliau berasa "teruk" dalam apa yang digambarkannya sebagai musim paling buruk sepanjang karier Formula Satu beliau, lapor PA Media/dpa.
Kempen debut Hamilton bersama Ferrari terus suram di Las Vegas selepas beliau sekadar menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-20, iaitu yang terakhir.
Beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10, kemudian dinaikkan ke tempat kelapan selepas Lando Norris dan Oscar Piastri disingkirkan, namun tetap melintasi garisan penamat hampir seminit di belakang pemenang, Max Verstappen.
"Saya rasa teruk," kata Hamilton kepada Sky Sports. "Teruk".
"Ia adalah musim paling buruk, dan walau apa pun yang saya cuba, semuanya semakin teruk. Saya cuba segala-galanya di dalam dan luar kereta."
Ketika bercakap kepada media tidak lama kemudian, pelumba berusia 40 tahun itu ditanya sama ada beliau mendapat sedikit kepuasan selepas meraih satu mata.
"Langsung tidak," jawabnya. "Saya naik 10 tempat tetapi itu tidak membawa apa-apa makna. Ia tetap satu hujung minggu yang buruk."
Hamilton kini ketinggalan 74 mata di belakang rakan sepasukan Charles Leclerc, dan masih belum meraih podium pertamanya bersama Ferrari, dengan hanya dua perlumbaan berbaki dalam musim 24 pusingan ini.
Ferrari jatuh ke tempat keempat dalam kedudukan pengeluar, dan apabila ditanya sama ada pasukan Itali itu mampu memintas Mercedes dan Red Bull untuk merampas kedudukan naib juara, Hamilton yang kecewa berkata: "Saya tidak tahu berapa banyak mata kami ada. Tetapi pada kadar ini, dengan prestasi saya, kami tidak (berpeluang).
"Saya sudah melalui 22 hujung minggu buruk musim ini, jadi saya menjangkakan dua lagi."
Sebelum Las Vegas, Hamilton berkata musim pertamanya dalam warna merah itu merupakan satu "mimpi ngeri" selepas beliau bermula dari tempat ke-12 di Brazil dan terpaksa menarik diri daripada perlumbaan pada pusingan pembukaan susulan pelanggaran dengan Franco Colapinto.
Pengerusi Ferrari John Elkann pula menggesa juara dunia tujuh kali itu supaya "kurangkan bercakap dan lebih fokus pada pemanduan."
-- BERNAMA