Legenda pemain papan selaju Malaysia, Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali sebagai Pa’din Musa menganggap kehidupannya sudah lengkap sebagai seorang peluncur dengan semua pencapaiannya sepanjang menjadi pemain profesional.
Pa’din, 41, mencipta sejarah dalam sukan 'skateboarding' ataupun papan selaju negara ini apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat Amerika Syarikat, Vans.
"Kehidupan saya sudah lengkap sebagai seorang 'skateboarder', saya tidak ada apa lagi yang saya perlu buktikan dalam skateboarding," kata Pa'din.
“Memang setiap impian setiap ‘skater’ untuk mempunyai kasut nama mereka sendiri ataupun signature shoes. Saya sangat bangga ia dapat direalisasikan selepas dua tahun perancangan ini dibuat.
"Saya sangat terharu, gembira dan tidak sangka benda seperti ini boleh berlaku,” kata Pa’din selepas kasutnya ditunjukkan kepada orang ramai dalam satu majlis penayangan filem dokumentari mengenai perjalanan hidupnya bertajuk Demi terbitan Vans Malaysia.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini adalah atlet papan selaju yang paling berjaya di Malaysia apabila melakar sejarah memenangi dua pingat emas kejohanan sukan lasak Asian X Games pada 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur.
Sehingga kini tiada seorangpun atlet atau pemain papan selaju negara memenangi emas dalam kejohanan itu.
Ia turut menyaksikan Pa’din menjadi satu-satunya peserta negara yang bersaing di Summer X Games di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2004.
Dari tahun 1994 sehingga 2004, Pa’din mendominasi kejohanan sukan lasak tempatan sehinggalah beliau menjadi penganjur sirkit sukan ekstrem kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Beliau turut menjadi penasihat dan membina beberapa gelanggang sukan ekstrem termasuk di Taman Cabaran Putrajaya dan juga terbaharu, gelanggang sukan ekstrem di Pasir Gudang.
Mempunyai minat yang mendalam dalam sukan papan selaju dan juga motosikal, Pa’din berjaya menjadikannya sebagai sumber pendapatannya sehingga berjaya dalam apa sahaja bidang yang diminatinya.
“Apa yang orang muda boleh pelajari daripada kejayaan saya ialah yang penting mesti betul-betul minat ‘skateboarding’. Saya tidak pernah berhenti bermain walaupun satu ketika kecewa dengan arah tuju sukan papan selaju.
"Saya teruskan bermain dan membahagikan separuh daripada kehidupan saya kepada sukan itu, dan Alhamdullilah semuanya berjaya” pesan Pa’din kepada orang muda yang sudah ataupun baharu berjinak dalam sukan papan selaju.
Pa’din kini kembali ke Pulau Pinang meneruskan perniagaan mengubahsuai dan membina motosikal custom selepas beberapa tahun mencuba nasib dalam perniagaan yang sama di Kuala Lumpur.
Beliau juga merancang untuk membina lebih banyak gelanggang sukan lasak di negara ini.
Ian Johan Ariff
Sat Nov 18 2017
PA'DIN: "Kehidupan saya sudah lengkap sebagai seorang 'skateboarder', saya tidak ada apa lagi yang saya perlu buktikan dalam skateboarding,"
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kehidupan saya sebagai seorang skateboarder sudah lengkap - Pa'din Musa
Padin mencipta sejarah dalam dunia skateboarding tempatan apabila Vans mengeluarkan kasut signature colorway Pa'din Musa.